Berita Harian

Latihan askar cabar fizikal

-

Mengalih perbualan kepada drama terbaru dibintangi­nya itu, Janna teruja berkongsi pengalaman­nya berlakon sebagai askar.

“Dalam drama ini, saya boleh dikatakan bukan lagi berlakon sebagai askar. Sebaliknya, pelakon yang terbabit, termasuk saya sendiri sudah seperti anggota tentera. Kami betul-betul perlu menyertai latihan yang dibuat dan memang tak boleh mengeluh.

“Jujurnya, pada separuh jalan, saya pernah hampir berputus asa. Namun, saya teruskan juga kerana enggan menyusahka­n sesiapa. Latihan yang diadakan untuk anggota tentera sebenarnya terlalu susah untuk diikuti. Yang melatih kami pun memang askar betul,” cerita Janna.

Menurut pelakon ini, hanya beberapa pelakon yang terbabit dalam latihan berkenaan, dengan selebihnya adalah askar sebenar.

“Sudah kira-kira dua bulan mereka sudah memulakan latihan dan kami pula hanya mula mengikutin­ya pada pertengaha­n jalan. Jadi, memang susah nak dapat rentak.

“Latihan yang dibuat khusus itu pula bukan mudah. Jadi, bukan sesuatu yang mudah untuk seseorang menyarungk­an seragam mereka. Saya tabik dan cukup hormat pada insan yang berjuang demi keselamata­n tanah air,” katanya.

Kena nampak jantan

Ditanya apakah dia serik untuk berlakon dalam naskhah seumpama itu lagi, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mempunyai pandangan sendiri.

“Nak kata serik, tidaklah. Namun, pengalaman berlakon drama itu memang sangat perit. Jadi, saya perlu berfikir panjang untuk mempertimb­angkan tawaran cerita sebegitu pada masa akan datang.

“Saya memang kena pastikan cukup bersedia dari sudut mental, fizikal dan emosi,” katanya.

Katanya lagi, ketika latihan diadakan di sebuah kem tentera, pelakon yang terbabit dilayan sama rata seperti kadet lain.

“Tidak kiralah sama ada artis ada pengikut berjuta-juta sekalipun, di kem semuanya dilayan sama sahaja,” katanya.

Menyentuh potongan rambut pendek sehingga ada yang menganggap­nya kelihatan seperti lelaki, Janna akui, watak

Zana memerlukan­nya tampil sebegitu.

“Memang saya kena nampak jantan bagi watak Zana, ditambah pula dengan rambut pendek. Untuk jadi askar, tak boleh lemah gemalai dan ayu kerana karakter yang dipersemba­hkan memang kuat.

“Sebelum ini, saya sudah beberapa kali melakonkan watak ‘tomboy’, tetapi karakter Zana amat berbeza. Watak kali ini lebih kepada aspek mental dan bagaimana dia bertahan serta tabahkan diri hingga menjadi Leftenan. Saya memang jadi tegap dan ‘sado’ ketika penggambar­an drama itu, sejak tahun lalu,” ujarnya.

Kata Janna, antara cabarannya juga adalah apabila perlu mengangkat balak dengan berat hampir 300 kilogram, bersama beberapa pelatih lain.

“Cabaran jadi lebih perit bagi mereka yang tinggi kerana kayu balak diletakkan di bahu. Tanpa latihan khusus, kami terus kena angkat kayu balak.

“Ketika penggambar­an juga badan saya lebamlebam dan kulit jadi gelap. Selain itu, saya juga kena berlari 5 kilometer tanpa henti, selama dua jam.

Kami buat juga semua itu untuk merasai pengalaman terbabit,” katanya.

Duta DFKL 2019

Berkongsi mengenai perkembang­an kerjayanya, Janna berkata, jadualnya terus dapat pada tahun ini.

“Selepas ini saya akan ter- babit dengan drama arahan Shahruleza­d Mohameddin untuk slot Samarinda. Di samping itu, saya bakal muncul dengan drama karya Erma Fatima bagi slot Akasia, tidak lama lagi.

“Fokus saya tahun ini lebih kepada menguruska­n perniagaan dan lakonan. Kemungkina­n, saya nak berehat seketika daripada nyanyian. Lagipun, komitmen saya sebagai pengacara Melodi masih berterusan untuk tahun kedua dan banyak lagi kerja yang perlu dilunaskan.

“Jujurnya, saya belum ada masa untuk berehat, tahun ini. Begitupun saya seronok menjayakan semua itu. Saya anggap semuanya adalah rezeki Allah,” katanya.

Mengenai komitmenny­a sebagai duta DFKL 2019 bersama Izzue, dia menyifatka­n tanggungja­wab yang dipikul amat berat.

“Selebriti juga berperanan besar dalam membentuk dan mendidik netizen. Selama ini, kita perhatikan mereka biasanya nak mengecam sahaja.

“Netizen kini seolaholah mempunyai kuasa untuk menaikkan dan menjatuhka­n artis atau sesiapa. Jadi, dengan tema yang diangkat kali ini,

Positif Selalu, kita berharap dapat menyebarka­n mesej yang baik untuk mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia