Berita Harian

FINAS tangguh terbit buku biografi Yusof Haslam

-

Tertanya-tanya apa jadi dengan buku biografi tokoh perfileman, Datuk Yusof Haslam. Buku itu ditulis oleh rakan lama yang juga bekas Editor B*POP, Akmal Abdullah.

Setahu Raja, sudah lama Akmal menulis manuskrip itu. Jadi, tidak mungkin ia belum siap.

Bagaimanap­un, Raja dapat tahu, buku biografi produser yang juga pelakon itu belum diterbitka­n oleh Perbadanan Kemajuan

Filem Negara (FINAS), meskipun sudah lebih setahun Akmal menyiapkan­nya.

Akmal sendiri hairan kenapa ia tertangguh sekian lama? Dia pun kasihan kepada Yusof yang selalu bertanyaka­n mengenai buku terbabirt, sedangkan urusan penerbitan di bawah kuasa FINAS.

Apa yang ditunggu lagi jika manuskrip sudah disiapkan dan gambar untuk dimuatkan dalam biografi itu juga sudah disediakan? Raja tak fikir soal bajet menjadi masalah. Kos untuk menerbitka­n buku biografi bukannya mahal jika dibandingk­an dengan dana atau geran jutaan ringgit diberikan kepada penerbit filem.

Malah, bajet insentif tayangan diberikan kepada produser filem difahamkan lebih tinggi berbanding kos penerbitan buku biografi penting, seperti kisah hidup dan perjuangan Yusof.

Kejayaan ulung

Tentu ramai generasi baharu, peminat filem atau produser pelapis mahu mengambil inspirasi kejayaan produser itu. Buku seperti inilah yang wajar diterbitka­n segera supaya boleh dikongsi bersama warga industri filem dan masyarakat.

Yusof sebagai produser bukan calangcala­ng, malah mencipta banyak sejarah.

Tiada produser filem tempatan lain mampu menyaingin­ya jika diukur pada sejarah pencapaian filem box-office keluaran syarikatny­a, Skop Production­s, yang sudah lebih 30 tahun usianya.

Terbaru, Munafik 2 terbitanny­a memungut RM48 juta, termasuk kutipan di Brunei, Singapura dan Indonesia. RAJA:

Seorang aktor memukul kekasihnya dalam pejabat, disaksikan kakitangan lain. Tak habis-habis sikap panas baran pelakon ini, sejak dahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia