Berita Harian

Farah Nabilah dirisik juruterban­g?

- Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Pelakon jelita, Farah Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Fawaa sememangny­a seorang yang sangat berahsia dalam soal hati.

Sejak menjadi anak seni, tidak pernah kedengaran pelakon yang melonjak populariti­nya menerusi drama Titian Cinta ini terkait dengan gosip hubungan cinta.

Pelik juga rasanya apabila pelakon secantik Fawaa tiada kekasih. Mustahil tiada lelaki yang mahu mendekatin­ya. Atau Fawaa sememangny­a mahu merahsiaka­n kisah cintanya?

Ramai yang percaya, gambar pertunanga­n dengan muka si gadis ditutup, seperti yang tersebar barubaru ini, adalah Fawaa.

Walaupun empunya diri menafikann­ya, konon gambar berkenaan adalah majlis pertunanga­n sepupunya, kenapa Fawaa tidak mahu membuktika­n gambar berkenaan bukan miliknya?

Sudah lama bercinta

Banyak pula persoalan yang timbul, tetapi Fawaa tetap berdiam diri tanpa jawapan nan pasti. Mungkin ada sebabnya dia berbuat begitu.

Bagaimanap­un, seorang teman baik Fawaa membisikka­n ke telinga Raja, ia bukan majlis pertunanga­n sepupunya, sebaliknya majlis merisik Fawaa yang memang berlangsun­g di kediaman keluargany­a. Betul ke Fawaa?

Patutlah bentuk badan gadis dalam gambar itu tidak ubah seperti Fawaa. Dagu dan jari pun dikatakan serupa.

Sebelum ini, Raja sudah terdengar gosip kononnya Fawaa bercinta dengan seorang juruterban­g bernama Amirul Yunus.

Dengarnya, hubungan Fawaa dan Amirul sudah terjalin sebelum Fawaa bergelar pelakon lagi. Kiranya, sudah lama Amirul menunggu Fawaa.

Khabarnya, rombongan merisik itu datangnya daripada keluarga Amirul. Mengikut sumber, mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Tak perlu berahsia

Jika benar apa yang didakwa, rasanya Fawaa tidak perlulah menyembuny­ikan hubungan cintanya dengan Amirul lagi.

Bukannya apa, lambat laun orang luar dapat membongkar­nya nanti. Lebih baiklah jika Fawaa berterus terang sahaja. Peminat pun tentu lebih suka.

Bagi Raja, tidak jatuh populariti Fawaa jika dia mahu berkahwin. Ramai artis wanita yang sudah berkahwin tetapi masih popular dan diminati ramai, asalkan hasil kerja bagus.

Kita tengok Nad Zainal dan Amyra Rosli yang tetap diminati ramai walaupun sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Hasil kerja mereka pun semakin bagus. RAJA:

Seorang selebriti menyimpan dendam lama terhadap seseorang kerana merampas kekasihnya. Sudahkahwi­npunmahu berdendam ke?

 ??  ??
 ??  ?? Amirul (kanan) dan Farah dikatakan bercinta sejak beberapa tahun lalu.
Amirul (kanan) dan Farah dikatakan bercinta sejak beberapa tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia