Berita Harian

Tidak perlu tonjol bahagia

Zul elak jaja kisah peribadi, tiada hutang dengan netizen

-

Mungkin takdir menentukan si gadis hadir mengisi kekosongan jiwa ketika dirinya mencari kebahagiaa­n, tetapi ia bukanlah bermakna pelakon bertubuh sasa itu bersedia melangkah ke gerbang perkahwina­n.

Tiada kepastian

Biarpun si gadis cantik berambut perang itu melabelkan aktor yang popular dengan drama dan itu sebagai ‘suami’, Zul tetap dengan pendiriann­ya... jodoh belum tiba. Tanpa berselindu­ng, Zul mengakui: “Kahwin, belum lagi... Kami kenal dan berkawan, tetapi hanya setakat itu! Ya atau tidak, biar saya sahaja yang tahu. “Saya sedar peminat nak tahu sejauh manakah hubungan kami, betul atau sebaliknya? Namun tiada gunanya memberikan jawapan pasti.

“Bukannya tidak mahu berkongsi kisah peribadi dan ini bukan soal nikah kahwin yang harus diuar-uarkan. Rumah tangga pun ada yang goyah, inikan pula setakat perhubunga­n.

“Menjadi atau tidak sesebuah hubungan dan proses kenal mengenal tidak penting untuk saya kongsi. Hakikatnya, perkara tidak sah dan tiada kepastian, jadi tidak perlulah terlalu teruja menunjuk-nunjuk bahagia.”

Proses saling mengenali

Aktor yang diangkat sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi 30 dan 31 itu berkata, dia sengaja meletakkan teka-teki pada persoalan kali ini.

“Saya lihat, netizen sudah membuat andaian, keputusan dan mengadili hidup sebelum apa-apa kenyataan keluar daripada mulut saya. Jadi, untuk apa saya mahu memberikan jawapan tepat, betul atau sah?

“Jika saya memberikan kenyataan sekalipun, ia takkan mengubah apa-apa persepsi terhadap saya.

“Saya faham jika netizen mahu ambil tahu, tetapi apabila mula menjatuhka­n hukum dan mengadili kehidupan orang lain, rasanya tiada apa-apa lagi yang boleh dikongsi. Biar saya simpan untuk diri saya,” katanya.

Zul berkata, dia tidak mengelak untuk menjawabny­a jika ada yang bertanya.

“Orang tanya, jadi saya cakap kami baru nak kenal. Bagaimanap­un, sesetengah pihak menuntut penjelasan berlebihan. Mereka mahu tahu sampai ke laut dalam.

“Tidak perlulah pergi jauh sangat, kami memang berkawan, tetapi jika minta saya cakap berlebihan sehingga menimbulka­n andaian nak berkahwin, tak mungkin! Bukannya peminat tidak tahu, saya jenis tak suka kongsi dan bangga hubungan yang tidak sah,” tegasnya.

 ??  ?? Rindu Awak 200% Titian Cinta
Rindu Awak 200% Titian Cinta
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia