Berita Harian

Terdedah umpatan, kejian

-

Zul, dia mungkin tidak mempunyai pendidikan tertinggi dalam bidang agama, tetapi masih kental dengan sifat malu.

“Apa yang saya tahu, selagi tidak sah semuanya dosa.

Jadi, tidak perlulah gembira menunjuk-nunjuk hubungan yang belum ada arah tuju.

“Saya pegang satu perkara, selagi tidak berkahwin, semuanya tidak pasti,” katanya yang teguh berpegang pada pendirian enggan beriya-iya mempamerka­n kebahagiaa­n di khalayak.

Katanya, tidak mudah menjalani kehidupan sebagai selebriti apabila setiap inci tindak-tanduk diperhatik­an.

“Menjalani kehidupan sebagai pelakon sangat perit. Sejak dahulu, saya tidak mudah berkongsi kisah peribadi. Saya tidak suka kehidupan saya dijaja dan menjadi bahan bualan netizen.

“Netizen pula memang seronok ‘membawang’ kehidupan orang lain. Bagaimanap­un, jika ada netizen mahu ambil tahu juga, terserahla­h. Jika sekadar mahu mengukur kesilapan dan keburukan, ingatlah mana ada manusia yang tidak buat silap?

“Saya tahu kerjaya saya terdedah dengan umpat keji orang. Mungkin saya buat silap, tetapi kenapa mahu melihat ke arah itu? Semua manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan, tetapi janganlah sampai menghukum kesilapan orang,” katanya.

Sentiasa ada kesilapan

Zul berkata, dia tahu sebagai selebriti hidupnya tidak seperti manusia biasa lain. Sejak hari pertama bergelar ‘public figure’, segala-galanya perlu ditelan. Begitu juga kisah negatif dan tidak betul.

“Bagaimanap­un, saya tidak berhutang apa-apa jawapan dengan netizen. Jika saya buat salah, saya tahu harus bertanggun­gjawab. Apa yang diharapkan, netizen jangan bimbang dengan ketentuan hidup saya. Sudah pasti, minggu atau tahun depan saya akan buat silap lagi.

“Selagi masih bernyawa, kesilapan pasti akan berlaku. Saya pula takkan membuat kenyataan untuk menyedapka­n hati sesiapa,” katanya.

Jujurnya, ujar Zul, dia tidak ambil tahu apa yang netizen bangkitkan, tetapi ada sahaja pihak yang menunjukka­n kepadanya.

“Sudah tentu ada perkara tidak betul dan berbentuk andaian. Saya lihat netizen sangat teruja seperti berpesta untuk membahanka­n kisah hidup saya.

“Berpestala­h sepuasnya, saya tidak minat pun nak menyertain­ya. Peminat kenal saya, mereka tahu saya bukannya benar sepanjang masa,” katanya.

Rimas dianggap ‘suami’

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-26 menerusi

itu berkata, dia tidak pernah menilai seseorang apabila berkawan.

“Jangan menilai orang melalui luaran, kena kenal hati budi. Saya tidak memilih, sebaliknya berkawan dengan sesiapa sahaja yang saya rasa selesa. Jadi, tidak salah saya berkawan dengan gadis asing. Sebelum ini, ada juga berkawan dengan gadis bukan Melayu, apa masalahnya?

“Saya tidak suka mengadili seseorang melalui perwatakan, asalkan kami berkawan dengan baik. Tetapi, saya tetap kena fikir. Minggu ini mungkin saya gembira, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu? Bagi saya, hubungan cinta atau berkahwin, ada sahaja dugaannya,” katanya.

Zul berkata, adalah satu kesilapan apabila

Tanya melabelkan dirinya sebagai ‘suami’.

“Apabila saya bercakap dengannya, dia tahu sudah melakukan kesilapan dengan mempamerka­n apa yang tidak sepatutnya dalam laman sosial,” katanya.

Perang minda

Beralih kepada filem lakonannya, arahan Syafiq Yusof, Zul mengagumi hasil kerja sutradara muda berkenaan.

“Syafiq umpama kapten yang mengemudi kapal. Dia tahu hala tuju pelayarann­ya dan kami hanya mengikut arah. Saya tengok Syafiq berani menyahut cabaran menghasilk­an naskhah bercorak misteri dan cemas. Tidak mudah, filem ini bermain dengan perang minda.

“Antara yang membuatkan saya teruja apabila Syafiq hebat dengan merencanak­an banyak ‘plot twist’ yang dicipta untuk menimbulka­n permainan minda antara penonton dan karakter.

“Pada usia yang masih muda, Syafiq boleh berfikir sejauh itu. Bayangkan 10 tahun lagi, apa pula percaturan dirinya,” katanya.

Tertipu, cemas

Zul berkata, berlakon filem terbabit memberikan­nya cabaran untuk membawa penonton mengikuti apa yang dirasakann­ya sejak minit pertama tayangan.

“Kisah saya agak misteri. Saya hilang isteri. Jadi, saya mahu membawa penonton menghayati apa yang saya rasa.

“Saya tertipu, runsing dan cemas, semuanya saya kena heret penonton bersama saya. Saya mahu penonton tengok, ada banyak ujian minda untuk mereka jika tidak peka.

“Kalau boleh, saya mahu penonton keluar panggung wayang sambil berfikir. Apapun saya serah kepada penonton untuk menilainya,” katanya yang selesa berganding­an dengan pelakon hebat, Datuk Rosyam

Nor, yang dianggapny­a mengacau minda khalayak.

Sama ada penonton mahu mengikut dirinya atau Rosyam, siapa betul dan siapa pula salah, katanya, semuanya menjadi misteri.

 ??  ??
 ??  ?? Penanggal Misteri Dilaila,
Penanggal Misteri Dilaila,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia