Berita Harian

Knight Frank tawar peluang pelaburan di UK

-

Knight Frank Malaysia menawarkan peluang kepada pihak yang berminat mendapatka­n maklumat mengenai pembanguna­n mercu tanda baharu oleh Weston Homes, pemaju yang melancarka­n Station Square di Central Cambridge, United Kingdom (UK).

Perunding hartanah bebas itu berkata temu janji secara perseorang­an itu ditawarkan di Kuala Lumpur.

Knight Frank Malaysia berkata, 89 unit pangsapuri berhadapan stesen kereta api Cambridge itu terletak di kawasan kejiranan yang dinamik, iaitu 1.6 kilometer dari pusat bersejarah Cambridge.

Tawar kehidupan serba moden

Station Square mempunyai dua bangunan berbeza yang menawarkan kehidupan moden dan bergaya di lokasi yang mengagumka­n. Projek itu menjadi pusat tumpuan perumahan yang mengujakan, pada suku baharu.

Pengarah Bersekutu Pemasaran Projek Perumahan Antarabang­sa Knight Frank Malaysia, Dominic Heaton-watson, berkata Cambridge kekal menjadi antara bandar impian di UK, dengan pasaran hartanah yang kukuh, tempat universiti terkenal di dunia, akses ke tengah London, ekonomi yang berkembang maju dan persekitar­an yang indah.

“Kurangnya penawaran pembinaan hartanah baharu di kawasan tengah Cambridge, selain populasi pelajar yang ramai dan muda, mewah dan tenaga kerja profesiona­l telah menyumbang kepada peningkata­n modal dan pendapatan sewa yang tinggi bagi pelabur hartanah,” katanya.

Harga di Station Square, CB1 bermula daripada £365,000 (RM1.93 juta) dengan kediaman pertama dijangka siap mulai musim bunga 2020.

 ??  ?? Bangunan kediaman yang strategik. yang menyediaka­n gaya hidup moden dan lokasi
Bangunan kediaman yang strategik. yang menyediaka­n gaya hidup moden dan lokasi
 ??  ?? Pembanguna­n Station Square di Cambridge tawar potensi pulangan yang menarik.
Pembanguna­n Station Square di Cambridge tawar potensi pulangan yang menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia