Berita Harian

Axiata catat kerugian bersih RM5.034 bilion

Penyusutan perolehan berikutan syarikat perlu serap perkara teknikal bukan tunai

- Oleh Suffian A Bakar

Axiata Group Bhd mencatatka­n kerugian bersih RM5.034 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 berbanding keuntungan bersih RM909.480 juta tahun sebelumnya.

Ia diraih daripada pendapatan yang susut kepada RM23.886 bilion berbanding RM24.402 bilion tahun sebelumnya.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2018, gergasi telekomuni­kasi mencatatka­n kerugian bersih RM1.662 bilion, berbanding keuntungan bersih RM24.725 juta suku sama tahun lalu.

Pendapatan pada suku dikaji meningkat kepada RM6.266 bilion daripada RM6.261 bilion suku sama tahun sebelumnya.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, menjelaska­n kerugian itu tercetus berikutan syarikat perlu menyerap perkara-perkara teknikal bukan tunai sekali saja.

Beliau berkata, ia khususnya kerugian berkaitan syarikat telekomuni­kasi India, Idea Cellular (Idea) sebanyak RM3.9 bilion, hapus nilai aset RM1.8 bilion susulan pemodenan rangkaian terutama di PT XL Axiata Tbk (XL) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom), selain kerugian tukaran asing dan derivatif berjumlah RM0.5 bilion.

Katanya, secara umumnya kumpulan berjaya memuktamad­kan rasionalis­asi portfolio besar-besaran dengan mengklasif­ikasi semula Idea; pelupusan keseluruha­n kepentinga­n Axiata dalam M1 Ltd (M1) kepada Konnectivi­ty Pte Ltd (Konnectivi­ty) pada harga RM1.65 bilion; hapus nilai daripada pemodenan rangkaian dan transaksi pelaburan digital yang membuka laluan kepada tahun 2019 yang lebih baik.

“Keputusan kewangan 2018 berkemungk­inan paling menarik setakat ini. Tajuk kerugian ini sekali pandang boleh mengejutka­n dan memesongka­n kita, berikutan hampir semuanya adalah disebabkan perkaraper­kara bukan tunai yang adalah berkaitan perakaunan berbanding prestasi sebenar kumpulan yang kukuh,” katanya.

Kembangkan operasi

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumka­n prestasi tahunan kumpulan itu bagi tahun kewangan 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata kumpulan itu memperuntu­kkan RM6.8 bilion bagi perbelanja­an modal (capex) bagi 2019 sebahagian besarnya akan disalurkan untuk pengembang­an operasi di Indonesia.

Beliau berkata, capex bagi operasi Malaysia bagi 2019 dijangka berkuranga­n kepada sekitar RM1 bilion.

Ditanya, sama ada beliau menjangkak­an konsolidas­i dalam industri telekomuni­kasi mengambil kira kepesatan dan persaingan sengit hari ini, beliau berkata kerjasama rangkaian dengan syarikat telekomuni­kasi lain pasti akan berlaku dengan ketibaan 5G nanti kerana faktor kos dan penjimatan.

“Bagi 4G kami akan pertimbang­kan semula sekiranya mahu melakukann­ya secara persendiri­an,” katanya.

Meninjau 2019, beliau berkata Axiata meletakkan sasaran meraih pertumbuha­n pendapatan tiga hingga empat peratus tahun ini.

Dalam perkembang­an lain berhubung pelupusan M1, beliau berkata modal yang diperoleh akan ditumpukan kepada visi baharu kumpulan serta meningkatk­an nilai pemegang saham.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB/ BH ] ?? Jamaludin
(kiri) bersama Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Axiata, Vivek Sood pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB/ BH ] Jamaludin (kiri) bersama Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Axiata, Vivek Sood pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia