Berita Harian

Malakoff untung RM274.43 juta

-

Malakoff Corp Bhd merekodkan keuntungan bersih RM274.43 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, susut daripada RM295.93 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Pendapatan­nya bagi tahun kewangan dikaji bagaimanap­un adalah lebih tinggi kepada RM7.35 bilion berbanding RM7.13 bilion yang dicatatkan sebelumnya.

Bagi suku keempat tahun kewangan dikaji, keuntungan bersihnya meningkat 188 peratus kepada RM85.48 juta berbanding RM29.7 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan­nya bagi suku dikaji turut meningkat kepada RM1.89 bilion, naik 5.2 peratus daripada RM1.79 bilion pada suku sama 2017.

Pertambaha­n pendapatan

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Malakoff berkata peningkata­n itu adalah susulan pertambaha­n pendapatan daripada pembayaran yang lebih tinggi dari penjanaan elektrisit­i di loji kuasa arang batunya di Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd.

“Melangkah ke hadapan, kumpulan akan mengambil bahagian dalam tender terbuka kerajaan bagi pusingan ketiga projek solar berskala besar iaitu 500MV yang diumumkan baru-baru ini.

“Kumpulan juga akan terus menggiatka­n usaha untuk meningkatk­an daya saing melalui pengurusan kos dan kecemerlan­gan operasi untuk meningkatk­an daya tahan dan kemapanan.

“Kami menjangkak­an prestasi akan kekal memuaskan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019,” katanya.

 ??  ?? Malakoff mahu sertai tender terbuka kerajaan bagi tingkat prestasi dan daya saing.
Malakoff mahu sertai tender terbuka kerajaan bagi tingkat prestasi dan daya saing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia