Berita Harian

Apple tawar pembiayaan iphone tanpa faedah di China

Kerjasama dengan bank tempatan bagi tingkat jualan telefon pintar

-

perbelanja­an pengguna terjejas akibat kelembapan pertumbuha­n ekonomi.

Dalam laman webnya di China, Apple mempromosi­kan skim baharu, di mana pelanggan boleh membayar 271 yuan (AS$40.31) setiap bulan untuk membeli iphone XR, dan 362 yuan setiap bulan untuk iphone XS. Pelanggan yang menukar model lama boleh mendapat ansuran yang lebih murah.

Pembiayaan tanpa faedah

Pengguna yang membeli produk bernilai sekurang-kurangnya 4,000 yuan daripada Apple akan layak untuk pembiayaan tanpa faedah yang boleh dibayar selama tiga, enam, sembilan, 12 atau 24 bulan, menurut laman web itu.

Model iphone 64GB versi XR dan XS masing-masing dijual pada harga rasmi 6,499 yuan dan 8,699.

Apple menawarkan pelan itu melalui Huabei, perkhidmat­an kredit pengguna yang dikendalik­an oleh Ant Financial, rakan sekutu pembayaran gergasi e-dagang Alibaba, menurut laman web Apple di China.

Apple dan Ant Financial enggan mengulas mengenai skim ini.

China Constructi­on Bank Corp, China Merchants Bank Co Ltd, Agricultur­al Bank of China Ltd dan Industrial and Commercial bank of China Ltd juga menawarkan skim pembiayaan untuk produk Apple, dengan pembelian minimum 300 yuan, menurut laman web Apple di China.

Saingan semakin meningkat

Apple berdepan cabaran di China di mana pertumbuha­n ekonomi perlahan pada 2018 kepada kadar paling lemah dalam 28 tahun, yang diburukkan lagi oleh perang perdaganga­n dengan AS. Syarikat AS itu juga berdepan persaingan semakin meningkat dari pembuat telefon bimbit China.

Beberapa peruncit elektronik China termasuk Alibaba yang disokong Suning dan Jd.com menurunkan harga iphone baru-baru ini, dengan diskaun yang besar sehingga 20 peratus.

Data dari firma penyelidik­an IDC menunjukka­n penghantar­an iphone ke China jatuh 19.9 peratus pada suku keempat 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah penghantar­an telefon pintar ke negara ini turun 9.7 peratus dalam tempoh yang sama, walaupun jenama domestik seperti Huawei, Oppo, dan Vivo masih meningkatk­an penguasaan pasaran.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Ant Financial Services Group, kumpulan kewangan Alibaba bekerjasam­a dengan Apple menawarkan pembiayaan produk Apple tanpa faedah.
[ FOTO REUTERS ] Ant Financial Services Group, kumpulan kewangan Alibaba bekerjasam­a dengan Apple menawarkan pembiayaan produk Apple tanpa faedah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia