Berita Harian

RINGGIT22

-

Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam berikutan kekurangan petunjuk baharu dalam keadaan rundingan perdaganga­n yang berterusan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada jam 6 petang, ringgit tidak berubah daripada paras penutup Khamis pada 4.0760/0810 berbanding dolar AS.

Peniaga berkata, tumpuan global masih terarah kepada perbincang­an peringkat tinggi antara kedua-dua gergasi ekonomi dunia itu di Washington,apabila pemain pasaran di seluruh dunia masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat bagi mencari hala tuju pelaburan seterusnya.

“Ringgit disokong oleh kekukuhan harga minyak yang menyaksika­n penanda aras harga minyak mentah Brent mencecah paras AS$67 satu tong kepada AS$67.33 satu tong pada jam 6.19 petang hari ini (semalam),” katanya.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakan­nya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali euro.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0119/0165 daripada 3.0121/0163 pada Khamis, meningkat berbanding pound British kepada 5.3065/3135 daripada 5.3249/3335 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.6770/6825 daripada 3.6817/6869.

Berbanding euro, ringgit susut kepada 4.6214/6287 daripada 4.6153/6230 pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia