Berita Harian

Sentimen pelabur jejas pasaran

FBM KLCI susut 9.26 mata dipengaruh­i kerugian saham wajaran tinggi

-

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam susulan kerugian yang dialami saham wajaran tinggi utama ekoran pelabur mengambil sikap lebih berhati-hati ketika perbincang­an perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China, diteruskan.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.26 mata untuk ditutup pada 1,721.42 berbanding 1,730.68 pada penutupan Khamis.

Selepas dibuka 0.17 mata lebih rendah pada 1,730.51 hari ini, FBM KLCI bergerak antara 1,716.17 dan 1,732.27 pada sepanjang hari.

Seorang peniaga berkata sentimen berhati-hati membelengg­u pasaran, dengan tahap kebimbanga­n dalam kalangan pelabur meningkat menghampir­i 1 Mac, tarikh akhir rundingan perdaganga­n yang diharapkan mencapai keputusan yang positif.

“Pelabur memberi tumpuan yang lebih memandangk­an tarikh akhir rundingan semakin hampir, apabila tarif AS ke atas import China bernilai AS$200 bilion akan melonjak kepada 25 peratus daripada 10 peratus pada masa ini, kecuali kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu mencapai kesepakata­n,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi tempatan, Maybank meningkat satu sen kepada RM9.54, manakala Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing turun dua sen kepada RM24.98 dan RM9.03 serta Tenaga susut enam sen kepada RM13.44.

Bagi saham aktif, Sapura Energy susut satu sen kepada 31.5 sen, Iskandar Waterfront menokok empat sen kepada 63 sen manakala Airasia X susut tiga sen kepada 26 sen.

Kedudukan pasaran negatif, dengan 611 kaunter rugi berbanding 290 kaunter untung manakala 371 kaunter tidak berubah, 595 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.66 bilion unit bernilai RM2.33 bilion berbanding 3.71 bilion unit bernilai RM3 bilion semalam.

Indeks FBM Emas turun 81.43 mata kepada 12,002.50, Indeks FBMT 100 susut 79.59 mata kepada 11,858.88 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 109.47 mata kepada 11,953.11.

FBM 70 merosot 161.76 mata kepada 14,415.46 dan Indeks FBM Ace turun 55.72 mata kepada 4,715.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 12.68 mata kepada 17,840.72, Indeks Perladanga­n susut 26.65 mata kepada 7,413.10 manakala Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 0.43 mata kepada 168.03.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.83 bilion saham bernilai RM2.13 bilion berbanding 2.54 bilion saham bernilai RM2.73 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 567.94 juta unit bernilai RM133.29 juta berbanding 699.79 juta unit bernilai RM161.72 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 264.44 juta saham bernilai RM65.31 juta berbanding 463.53 juta saham bernilai RM100 juta.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 282.86 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an industri (285.29 juta), pembinaan (215.90 juta), teknologi (184.56 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (55.61 juta) 175.62 juta), perladanga­n (26.19 juta), REIT (5.17 juta), dana tertutup (6,000), tenaga (468.25 juta), penjagaan kesihatan (55.79 juta), telekomuni­kasi dan media (35.57 juta) dan utiliti (23.11 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia