Berita Harian

Bursa Asia dapat rangsangan Fed

-

Saham Asia menghampir­i paras tinggi empat setengah bulan minggu ini selepas keputusan mesyuarat Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) mengesahka­n bahawa badan itu akan ‘bersabar’ dengan kenaikan kadar faedah.

Pengumuman minit mesyuarat itu memberi maklum balas positif kepada aset berisiko yang turut menerima sokongan daripada kemajuan rundingan perdaganga­n lanjut Amerika Syarikat (AS)China.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun kukuh pada awal dagangan, berlegar menghampir­i paras tertinggi sejak awal Oktober.

Saham Australia susut daripada keuntungan awal dengan dagangan awal adalah 0.1 peratus lebih rendah, namun dolar Australia meningkat selepas mendapat sokongan data pekerjaan sepenuh masa.

Nikkei Jepun susut 0.3 peratus selepas ditutup kepada paras tinggi dua bulan ketika sesi sebelumnya.

Pelabur melihat petunjuk berhubung kemajuan pusingan rundingan terkini antara AS dan China, di tengah-tengah jangkaan bahawa Presiden AS, Donald Trump akan menemui Presiden China, Xi Jinping bulan depan untuk memuktamad­kan perjanjian.

Pada Selasa, Trump berkata, rundingan berlangsun­g dengan baik dan beliau terbuka untuk mengubah tarikh akhir untuk menyelesai­kan rundingan dengan mengatakan 1 Mac bukanlah tarikh yang ‘ajaib’.

“Kita akan melihat pasaran Asia bermula dengan langkah kanan, namun kita akan memerlukan pemangkin lain, pemacu seterusnya untuk mengorak langkah lebih kukuh ke paras tertinggi,” kata Ketua Pegawai Operasi Rakuten Securities Australia, Nick Twidale di Sydney.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Nikkei Jepun susut 0.3 peratus selepas ditutup kepada paras tinggi dua bulan ketika sesi sebelumnya.
[ FOTO HIASAN ] Nikkei Jepun susut 0.3 peratus selepas ditutup kepada paras tinggi dua bulan ketika sesi sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia