Berita Harian

Polis buru lapan terbabit samun siang hari

-

Kuala Lumpur: Lapan lelaki yang tular di media sosial kerana melakukan samun di siang hari dengan menaiki empat motosikal kini menjadi tumpuan utama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Selangor.

Suspek yang bersenjata­kan parang dan bergerak dengan menaiki empat motosikal akan mencari sasaran rumah di kawasan sunyi sebelum melakukan jenayah samun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pada masa ini, suspek dipercayai terbabit sekurang-kurangnya dalam enam kes samun di sekitar Klang Utara, Banting dan Serdang.

“Polis Selangor sedang memburu semua suspek terbabit sebelum video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika suspek melakukan kegiatan samun ini mulai tersebar menerusi media sosial.

“Sehubungan itu, kita meminta manamana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan suspek atau terlihat kelibat kumpulan lelaki bermotosik­al dalam keadaan mencurigak­an untuk segera menghubung­i polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau bagaimanap­un, tidak dapat mengesahka­n sama ada semua kes yang berlaku membabitka­n suspek sama, meskipun modus operandi yang dilakukan serta jumlah pembabitan suspek adalah hampir serupa.

“Ini kerana ada antara pergerakan suspek dikesan dalam jumlah antara enam hingga lapan lelaki, namun kita masih menjalanka­n siasatan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia