Berita Harian

Lelaki hina Nabi dibebas dengan jaminan polis

-

Kuala Lumpur: Lelaki yang ditahan kerana disyaki menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial Facebook, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata warga emas berusia 68 tahun itu dibebaskan pada jam 11 pagi.

Suspek ditahan pada 19 Februari lalu di rumahnya di Mentakab, Pahang, sebelum direman tiga hari bagi membantu siasatan kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah, melalui Facebook.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabka­n suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratk­an pemelihara­an keadaan harmoni atau perpaduan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmat­an rangkaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia