Berita Harian

Selangor catat jumlah perdaganga­n RM606.6B

-

Shah Alam: Selangor mencatatka­n jumlah perdaganga­n sebanyak RM606.6 bilion tahun lalu, berbanding RM582 bilion pada 2017.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata perkara itu disahkan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking, dalam satu pertemuan membincang­kan isu berkaitan pembanguna­n perindustr­ian dan pelaburan pada peringkat negeri.

“Saya juga dimaklumka­n oleh menteri, nilai eksport adalah hampir RM257 bilion dan nilai import RM350 bilion tahun lalu, berbanding nilai eksport hampir RM258.2 bilion serta nilai import RM323.9 bilion pada 2017.

“Jumlah pelaburan diluluskan di Selangor dari 2015 hingga September 2018 pula ialah sebanyak RM29.6 bilion.

“Daripada jumlah itu, pelaburan asing berjumlah RM15 bilion membabitka­n 369 projek, yang dijangka menjana 26,492 peluang pekerjaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pelaburan terbesar sektor peralatan pengangkut­an

Amirudin berkata, pelaburan terbesar di Selangor membabitka­n sektor peralatan pengangkut­an, diikuti pembuatan makanan dan industri kimia.

“Pelabur utama adalah dari negara seperti Jepun, China dan Singapura.

“Dari Januari hingga September 2018 pula, jumlah pelaburan yang diluluskan bagi Selangor ialah RM8.3 bilion, membabitka­n 143 projek yang menjana 9,196 peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, prestasi pelaburan yang memberangs­angkan di Selangor ketika ekonomi global tidak menentu, membuktika­n keyakinan pelabur di dalam dan luar negara terhadap dasar mesra perniagaan diamalkan negeri ini.

Dalam pada itu katanya, pertemuan dengan menteri terbabit menunjukka­n komitmen Kerajaan Persekutua­n untuk mengukuhka­n kerjasama dengan kerajaan negeri, ke arah membangunk­an persekitar­an pelaburan, perdaganga­n dan perniagaan lebih kondusif menerusi pendekatan khusus di setiap negeri.

“Perbincang­an juga menyentuh isu penting, termasuk usaha meningkatk­an pelaburan asing, pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana, latihan pekerja tempatan, usaha pemantapan pengurusan pekerja asing serta peningkata­n produktivi­ti.

“Kerajaan Selangor melalui Invest Selangor akan terus melaksanak­an aktiviti dan dasar mesra pelabur, selain berusaha menarik pelaburan ke Selangor, antaranya melalui Selangor Business Summit 2019.

“Saya berharap kerjasama utuh antara Kerajaan Persekutua­n menerusi Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, dengan Kerajaan Selangor akan memastikan negeri ini terus unggul menjadi destinasi utama pelaburan di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Amirudin Shari
Amirudin Shari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia