Berita Harian

Penduduk Kota Tinggi mahu penyelesai­an segera

Masalah berulang setiap tahun, enggan berdepan catuan air lagi

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Penduduk daerah Kota Tinggi berharap kerajaan Johor dapat mencari langkah penyelesai­an segera, berhubung isu paras air di empangan yang semakin berkuranga­n di negeri ini.

Penduduk sekitar daerah ini juga tidak lagi mahu berdepan catuan air yang sebelum ini dihadapi hampir setiap tahun, berikutan penurunan paras air akibat cuaca kemarau selain masalah pencemaran sumber.

Ketua Kampung Simpang dan Rangkaian, Zailani Doladi, berkata beliau berharap kerajaan negeri dapat mengatasi masalah yang boleh dikatakan sudah dapat diramal setiap tahun ini dengan lebih awal.

“Saya juga ada beberapa cadangan antaranya kerajaan negeri boleh menyalurka­n air dari kawasan Mawai di sini ke Loji Air Batu 14 di Kampung Gembut, bagi tujuan penyimpana­n jika berlaku bencana tidak diingini seperti cuaca panas berpanjang­an.

Penduduk mahu pam air bawah tanah

“Selain itu, saya juga mencadangk­an agar setiap kampung di kawasan ini dapat dibekalkan dengan sebuah pam air dari bawah tanah, sebagai sumber sampingan kepada penduduk apabila berlaku catuan atau ketiadaan bekalan air,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse, berkata pemindahan air dari sumber lain adalah antara kaedah yang dibincangk­an, bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang cuaca panas sehingga April nanti.

“Hasil daripada mesyuarat, kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan semua agensi terbabit, termasuk Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Ranhill SAJ dan FELDA untuk memastikan bekalan air mencukupi sepanjang cuaca panas ini.

“Di antara kaedah yang sudah dibincang adalah pemindahan air daripada sumber lain, contohnya jika terdapat keperluan di Empangan Layang (Upper) yang kini bergantung kepada Sungai Johor, kerajaan mampu mengarahka­n pemindahan air yang dipam dari Sungai Seluyut,” katanya.

Pembinaan tiga telaga tiub

Katanya, di FELDA Lok Heng, Kota Tinggi, kerajaan negeri sudah memulakan pembinaan tiga telaga tiub dan siap dibina pada 8 Disember tahun lalu, yang bakal mengeluark­an 0.9 juta liter sehari air bawah tanah dan mampu dijadikan sandaran jika paras air di kawasan FELDA Lok Heng jatuh ke satu paras yang sangat kritikal.

Empat empangan utama di Johor mula mengalami penurunan paras air, iaitu di Empangan Sungai Lembam, 11.2 meter berbanding paras catuan (paras kritikal) 9.6 meter dan di Empangan Layang (Upper) mencatatka­n 22 meter berbanding 19 meter paras kritikal.

Dua lagi di Empangan Sembrong Barat dan Lok Heng, bacaan terkini yang direkodkan ialah masing-masing 8.53 meter (7.38 meter paras catuan) dan 2.23 meter berbanding 1.5 meter (paras catuan) yang boleh bertahan selama 38 dan 21 hari sahaja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia