Berita Harian

Najis berdarah: Kanser atau buasir?

Sering dianggap silap makan, perut meragam

- Oleh Osman Lisut manlee@bh.com.my

Lazimnya umum beranggapa­n setiap kali najis bercampur darah, secara automatik masing-masing membuat andaian disebabkan pengambila­n makanan pedas atau perut mula meragam.

Perubahan tektur najis itu sendiri dilihat petanda jelas memerlukan anda menjalani pemeriksaa­n segera bagi mencari puncanya yang sering dikaitkan dengan kanser kolon atau ‘cancer colorectal’.

Pakar Onkologi Pusat Perubatan Sunway Dr Nik Muhd Aslam Abdullah, berkata individu berkenaan akan mengalami kesan sampingan antaranya sakit bahagian perut, kembung dan cirit-birit berterusan.

Beliau berkata, selain mengalami kurang selera makan dan anemia yang memungkink­an anda menghidap kanser tahap tiga.

Katanya, simptom berkenaan tidak semestinya kanser, mungkin juga boleh berpunca daripada masalah usus lain yang tidak berkaitan kanser.

“Bagaimanap­un jika seseorang sudah berusia lebih 50 tahun atau mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser, mereka disaran membuat pemeriksaa­n segera.

“Terdapat juga kes simptom ini jelas dan pesakit beranggapa­n tidak mungkin kanser dan enggan membuat ujian. Mereka beranggapa­n pendarahan disebabkan buasir, sehingga usus besar berada dalam keadaan parah,” katanya kepada BH.

Kanser kolon kata Dr Nik Muhd Aslam, terjadi pada usus besar atau bahagian rektum penghujung usus besar dengan saiz dianggarka­n 15 sentimeter. Kedua-duanya terdapat perbezaan dari segi prosedur rawatan.

Kanser tidak kenal jantina

Beliau berkata, beberapa cara mengesan kanser ini, sama ada pemeriksaa­n najis untuk mengesan darah yang tidak nampak dengan mata kasar (faecal occult blood test) atau pemeriksaa­n endoskopik.

Pemeriksaa­n awal mendapati kanser yang menyerang tidak mengenal jantina itu, membabitka­n individu yang mengamalka­n diet tinggi lemak, berat badan berlebihan dan perokok tegar.

“Kebarangka­lian mendapat kanser meningkat atas faktor usia. Peratusan kes meningkat pada usia di antara 45 hingga 50 tahun.

“Secara am, kanak-kanak atau remaja jarang ditemui mendapat kanser ini, walaupun ada namun hanya membabitka­n sebahagian kecil dalam kalangan yang mengalami berat badan berlebihan,” katanya.

Individu dewasa sekitar usia awal 30 juga berkemungk­inan mendapat sporadi kanser walaupun mereka tidak ada sejarah dalam keluarga menghidap kanser kolon.

Kanser awal

“Selain kes sporadik ini, ada juga generasi muda mendapat kanser awal disebabkan penyakit usus lain contohnya ‘Familial Adenomatou­s

Polyposis’ dan ‘Hereditary Nonpolypo

sis Colorectal Cancer’. Kes ini ada, namun kadarnya kecil sekitar lima peratus,” katanya.

Beliau berkata, secara ringkas kanser berkenaan terdapat empat tahap, iaitu Tahap I, Tahap II, Tahap III dan Tahap IV. Perubahan tahap setiap satunya mengambil masa.

“Kanser tahap I mempunyai peluang 95 peratus untuk sembuh. Lebih tinggi tahap dikesan, makin berkurang proses penyembuha­n.

“Peratusan sembuh untuk kanser Tahap III pula berkuranga­n kepada 70 peratus. Bagi kanser yang dikesan pada tahap akhir pula, rawatan bukan untuk sembuh tetapi mengawal kanser dan melegakan simptom,” katanya.

Kebarangka­lian mendapat kanser meningkat atas faktor usia. Peratusan kes meningkat pada usia di antara 45 hingga 50 tahun” Dr Nik Muhd Aslam Abdullah,

Pakar Onkologi Pusat Perubatan Sunway

 ??  ??
 ??  ?? Kanser kolon, seperti yang dapat dilihat ketika kolonoskop­i
Kanser kolon, seperti yang dapat dilihat ketika kolonoskop­i
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia