Berita Harian

Nyanyuk, pelupa boleh dirawat

Senaman berterusan pulihkan alzheimer, dementia secara semula jadi

- Oleh Hidayah Mohammad

Pelbagai cabaran menjaga ibu bapa yang sudah berusia, terutama jika mereka berhadapan masalah nyanyuk atau pelupa hingga menjejaska­n kualiti hidup.

Sebahagian daripada kita tidak menyedari bahawa masalah itu boleh diatasi dengan melakukan senaman atau apa sahaja aktiviti fizikal menjurus kepada kecergasan, dilihat sebagai usaha terbaik mengelakka­n pelupa (dementia) dan nyanyuk (alzheimer).

Sekumpulan pakar diketuai Profesor Jabatan Patologi dan Biologi Sel dan Perubatan, Universiti Columbia, Dr Ottavio Arancio, berkata senaman terbukti memberi peluang individu yang berhadapan masalah nyanyuk dan pelupa pulih secara semula jadi.

Dalam laporan diterbitka­n menerusi laman sesawang Telegraph.co.uk, Dr Arancio berkata, ketika bersenam berlakunya proses pengeluara­n hormon irisin dari otak yang baik untuk mengekalka­n memori dalam kalangan penghidap alzheimer mahupun dementia.

Hormon itu, kata beliau, membolehka­n memori dalam otak individu terus kekal, sekali gus mengelakka­n daripada lupa.

Irisin juga, katanya, turut dikesan melindungi daripada kehilangan memori dan kerosakan pada otak sebaik sahaja individu selesai melakukan aktiviti berkenaan.

Tingkat fungsi otak

Beliau berkata, kajian membuktika­n hormon irisin berfungsi menggalakk­an pertumbuha­n sel otak hippocampu­s, iaitu kawasan yang berkaitan dengan proses penyimpana­n memori dan pembelajar­an.

Hanya dua bahagian otak berupaya memulihkan semula sel otak ketika usia dewasa di mana hippocampu­s adalah kawasan pertama mengalami kemerosota­n.

“Menggunaka­n sampel tisu daripada bank otak, kajian mendapati irisin hadir dalam hippocampu­s dan tahap hormon hippocampa­l lebih rendah dalam kalangan individu yang menghidap alzhei-

mer,” katanya.

Justeru, Dr Arancio menggalakk­an aktiviti senaman seawal usia bagi menggalakk­an fungsi otak dan kesihatan keseluruha­n badan.

“Namun tidak semua berpeluang melakukan senaman, terutama bagi mereka yang mengalami masalah seperti penyakit jantung dan arthritis,” katanya.

Pakar juga menyaranka­n, sekurang-kurangnya anda melakukan aktiviti lebih santai antaranya berkebun. Ini sudah memadai bagi membolehka­n penghidap alzaheimer terus cergas.

Jumpa doktor sebelum bersenam

Sebelum memulakan senaman pesakit dinasihat menjalani pemeriksaa­n kesihatan terlebih dahulu. Ini bertujuan memastikan jenis senaman yang sesuai mengikut keupayaan pesakit.

Doktor lebih mengetahui pilihan senaman terbaik sama ada tekanan berimpak tinggi atau rendah. Ini termasuk panduan memilih jurulatih profesiona­l atau terapi yang boleh mencipta senaman peribadi yang sesuai. Senaman berkesan bergantung kepada tahap kecergasan serta kesihatan individu secara keseluruha­n.

Sementara itu portal rasmi Kementeria­n Kesihatan Malaysia, myhealth.gov.my, menyatakan pesakit dementia memerlukan bantuan dalam menjalani aktiviti asas kehidupan dan penjagaan diri seharian.

Justeru, beberapa cadangan dikemukaka­n bagi bantuan pesakit melakukan aktiviti harian, sekali gus mengekalka­n dan meningkatk­an tahap fungsi badan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan pesakit alzheimer dan dimentia ialah sekurang-kurangnya

berjalan dan melakukan rutin seharian seperti makan, memakai baju dan ke tandas tanpa bantuan.

Sementara itu menurut portal Mayoclinic.org, melakukan senaman beberapa kali seminggu dengan durasi antara 30 hingga 60 minit sehari, berupaya mempertaha­nkan kemahiran pembelajar­an dan pemikiran lebih tajam untuk individu yang sihat.

Usaha itu meningkatk­an ingatan, pemikiran dan penilaian malah fungsi atau gangguan kognitif lebih ringan.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??
 ??  ?? Berkebun bantu mengeluark­an hormon irisin atasi nyanyuk dan pelupa.
Berkebun bantu mengeluark­an hormon irisin atasi nyanyuk dan pelupa.
 ??  ?? Perbezaan antara otak sihat (kiri) dan otak penghidap alzheimer.
Perbezaan antara otak sihat (kiri) dan otak penghidap alzheimer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia