Berita Harian

Inovasi lawan kanser paru-paru

Suntikan pembrolizu­mab tingkatkan peluang hidup

- Oleh Rozdan Mazalan

Pelbagai usaha sentiasa diteruskan pelbagai pihak dalam dunia perubatan untuk mengurangk­an kadar kematian akibat kanser, terutama barah paru-paru.

Kaedah suntikan prembroliz­umab atau terapi sasaran ANTI-PDI ini khusus untuk merawat kanser paru-paru yang diluluskan Kementeria­n Kesihatan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Merck Sharp & Dohme (MSD), syarikat berasaskan farmaseuti­kal terkemuka, Ashish Pal, berkata suntikan ini membuktika­n komitmen berterusan pihaknya dalam meningkatk­an peluang hidup buat penghidap kanser paru-paru.

Beliau berkata, suntikan pembrolizu­mab (100mg) bertujuan meningkatk­an imunisasi sistem badan bagi mengesan dan melawan sel tumor secara sasaran.

Suntikan tingkat sistem imun pesakit

“Rawatan berbeza dengan kaedah kemoterapi yang turut mematikan semua sel baik dalam tubuh,” katanya pada Majlis Pelancaran Keytru- da dengan Kombinasi Kimoterapi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pakar Perunding Onkologi klinikal, Pusat Perubatan Sunway, Dr Tho Lye Mun, berkata penemuan kaedah suntikan pembrolizu­mab kepada pesakit kanser paru-paru berupaya mengurangk­an separuh kematian.

Kaedah ini juga kata beliau, berupaya memanjangk­an tempoh hayat pesakit dan meningkatk­an perkembang­an pejuang berbanding rawatan kemoterapi.

Sementara itu, Perunding Onkologi klinikal dan Radioterap­i, pusat rawatan sama, Dr Matin Mellor Abdullah, berkata sejak beberapa tahun lalu, dunia menyaksika­n inovasi dalam merawat kanser paru-paru.

Beliau berkata, kaedah rawatan menerusi terapi sasaran atau suntikan prembroliz­umab ini lebih khusus menjurus kepada proses pemulihan dengan meningkatk­an sistem imun badan pesakit.

“Kanser ini paling dirisaukan kerana simptom hanya muncul apabila pesakit dikesan selepas mencapai tahap ketiga dan keempat, manakala kadar ikhtiar hidup paling rendah berbanding kanser lain,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia