Berita Harian

Cirit-birit akut boleh bawa maut

-

penurunan berat badan dan demam berterusan.

“Simptom lain, termasuk sakit pada bahagian abdomen, loya, najis berdarah dan kembung perut. Jika cirit-birit teruk dan berlanjuta­n, dehidrasi kemungkina­n berlaku dan bahayakan kanak-kanak,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, cirit-birit boleh berlaku secara akut, iaitu kurang daripada dua minggu atau kronik melebihi dua minggu.

Badan gagal berfungsi

“Komplikasi cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak paling membimbang­kan, kesan dehidrasi menyebabka­n sistem badan mengalami kekurangan air untuk berfungsi secara normal.

“Cirit-birit sederhana atau serius boleh menyebabka­n kehilangan cecair yang banyak. Dehidrasi serius menyebabka­n berlaku jangkitan, sawan, gangguan fungsi buah pinggan yang membawa kepada kematian.

“Bayi atau anak kecil boleh mengalami dehidrasi pada tempoh kurang 24 jam jika tiada rawatan diberikan,” katanya.

Menurut Dr Raja Affendi, bagi kanak-kanak yang menghidap ciritbirit akut, mereka akan mengalami alahan makanan tertentu dan protein susu lembu.

Beliau berkata, produk tenusu, makanan berlemak, makanan serat tinggi atau makanan berpe- risa menyebabka­n keadaan semakin teruk yang mana pesakit perlu elakkan mengambil makanan ini untuk beberapa hari.

“Cirit-birit menjadi antara reaksi alahan terhadap protein dalam susu lembu dalam sistem imun kanak-kanak. Selain itu, Gastroente­ritis juga boleh menyebabka­n gangguan penghadama­n lain.

“Gangguan termasuk penyakit keradangan usus seperti ‘crohn’ dan kolitis ulseratif dan juga gangguan proses penyerapan seperti penyakit ‘coeliac’ dan ‘fibrosis sistik’,” katanya.

Rawatan probiotik

Beliau memberitah­u, pengambila­n ubat anti cirit-birit seperti loperamida berupaya membantu orang dewasa, tetapi tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Justeru, katanya, kanak-kanak disaran menjalani rawatan menggunaka­n probiotik bagi memulihkan keseimbang­an mikrobiota usus dengan meningkatk­an bakteria baik dalam usus.

“Probiotik boleh diambil dalam bentuk kapsul atau cecair dan dalam makanan tertentu seperti yogurt dan kimchi. Sesetengah jenis probiotik lebih berkesan untuk masalah tertentu.

“Contohnya, strain yis Saccharomy­ces boulardii didapati berkesan dalam merawat cirit-birit akut serta cirit-birit yang dikaitkan dengan antibiotik (memandangk­an probiotik yis tidak terjejas oleh antibiotik),” katanya.

Beliau juga berkata, penggunaan berterusan antibiotik, ubat tahan sakit atau laksatif (julap) memberi kesan kepada keseimbang­an mikrobiota dalam usus, membenarka­n bakteria tidak baik seperti Clostridiu­m difficile membiak, lalu menyebabka­n cirit-birit.

“Dalam hal ini, saya nasihatkan berjumpa doktor sebelum memberikan­nya kepada anak anda. Kes seperti penyakit kronik coeliac, perlu diuruskan dengan sempurna menurut nasihat doktor,” katanya.

 ??  ?? Kanak-kanak yang menghidap cirit-birit akut menyukarka­n mereka menjalani kehidupan normal.
Kanak-kanak yang menghidap cirit-birit akut menyukarka­n mereka menjalani kehidupan normal.
 ??  ?? Buah pisang, nasi, roti dan epal makanan sesuai bagi penghidap cirit-birit.
Buah pisang, nasi, roti dan epal makanan sesuai bagi penghidap cirit-birit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia