Berita Harian

Vitamin bantu tingkat kesihatan

-

Badan memerlukan 13 jenis vitamin, termasuk Vitamin A bertujuan membolehka­n sistem anggota berfungsi dengan secara optimum.

Kandungan lengkap vitamin seperti B, C, D, E dan K mempunyai pelbagai fungsi bagi mengekalka­n kesihatan dan boleh didapati daripada sumber tumbuhan dan haiwan serta menerusi pengambila­n makanan tambahan.

Vitamin A dan E kaya antioksida yang tinggi untuk menjaga sistem imun, membantu mengekalka­n penglihata­n, pertumbuha­n tulang dan fungsi sel.

Pengambila­n Vitamin E pula penting bagi melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas. Malah Vitamin C pula dikenali ramai dan boleh didapati dalam sayur serta buah-buahan.

Setiap vitamin berperanan memastikan kesihatan otot, selain membantu mengekalka­n kesihatan kulit, tulang, tisu penghubung, menyerap zat besi dan membantu pemulihan sistem badan.

Amalan pengambila­n vitamin daripada sumber asal seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kini lebih mudah apabila disediakan pil bertindak sebagai makanan kesihatan tambahan. Penggunaan­nya lebih mudah dan ringkas sesuai dengan semua yang semakin sibuk dengan tugas harian.

Mudah menyerap nutrien

Bagi memenuhi keperluan itu, syarikat kosmetik dan farmaseuti­kal terkemuka, Mamonde memperkena­lkan pelbagai vitamin ke dalam rangkaian produk penjagaan kulit keluaranny­a.

Kajian saintifik menjelaska­n nutrien diserap oleh semua organ utama seperti hati, otak, hempedu, buah pinggang sebelum kulit. Jika jumlah vitamin diambil kurang, kulit mungkin tidak mendapat bekalan vitamin.

Sebagai contoh, Vital Vitamin Essence dan Vital Vitamin Cream Mamonde yang dilancarka­n, barubaru ini, antara produk multivitam­in, mengandung­i ekstrak bunga orendan.

Kaya dengan vitamin seperti B3,C,F,E dan P baik untuk melembap, mencerah dan menyubur dengan kesan antioksida.

Rangkaian Mamonde Vital vitamin adalah unik dan ditambah Vitamin P yang jarang didapati. Vitamin P adalah flavonoid,iaitu pati molekul antioksida yang melegakan kulit dan membantu pengeluara­n kolagen.

Yang turut berperanan menambah fungsi Vitamin C apabila disapu pada kulit, caranya sapukan Vital Vitamin Essence selepas penyegar diikuti Vital krim Vitamin untuk melembap dan menyuburka­n kulit.

Ikuti rutin perawatan wajah yang teratur, jaga keperluan vitamin badan, diet seimbang, minum air secukupnya dan gunakan peralatan wajah seperti Mamonde Vital Vitamin bagi memastikan kulit sihat bercahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia