Berita Harian

Filipina hilang identiti angkara penjajahan

Kuasa kolonial hapus citra bangsa Melayu, patriotism­e masyarakat

- Oleh Siti Haliza Yusop

Krisis terbesar melanda masyarakat Filipina hari ini ialah kehilangan identiti kesan daripada penjajahan yang berlangsun­g selama ratusan tahun di negara itu.

Pensyarah Western Mindanao State University, Prof Madya Alih Sakaluran Aiyub, berkata pendudukan kuasa kolonial bermula dengan Sepanyol dan kemudian Amerika, tidak hanya mempengaru­hi budaya masyarakat Filipina, tetapi turut memberi kesan kepada pemahaman terhadap konsep patriotism­e.

“Apa yang berlaku kini membawa kepada persoalan perlunya Filipina kembali kepada akar umbi secara serius.

“Hal ini dapat dijelaskan menerusi keinginan Presiden Rodrigo Duterte, menukar nama republik itu kepada Maharlika,” katanya pada Siri Cendekiawa­n Atma-melayu di Filipina: Sejarah, Budaya dan Warisan di Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang dikendalik­an Pengarah ATMA, Prof Dr Supyan Hussin, selain disertai Ketua Pegawai Eksekutif Wasatiyah Centre for Peace, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Keinginan tukar nama

Tambah Alih Sakaluran, nama Filipina diberi Raja Sepanyol, Raja Philip II, adalah nama kolonial sedangkan dari segi budaya dan sejarahnya, Filipina tidak langsung berhubung dengan budaya yang dibawa dari Barat.

Justeru katanya, keinginan menukar nama Filipina itu sebahagian­nya adalah usaha kembali kepada akar umbi, selain proses memperbetu­lkan ketidakadi­lan sejarah yang berlaku.

“Masalah dengan konsep patriotism­e ialah kita jadi setia bukan kepada negara sendiri, tetapi kepada negara asing.

“Sebab itu, kita giat menggerakk­an usaha penyelesai­an keamanan, termasuk pengukuhan Bangsa Moro itu sendiri.

“Malah apabila menyebut mengenai Filipina, kita sebenarnya dipunyai oleh ASEAN dan bukannya penjajah kolonial. Kita semua daripada satu bangsa sama,” katanya.

Alih Sakaluran juga menyentuh mengenai peranan sarjana dalam mengukuhka­n hubungan antara negara dalam rantau ini, terutama membabitka­n kesatuan masyarakat Islam.

Menurut beliau, suasana politik di Filipina yang tegang dan penuh konflik pada ketika ini turut dipengaruh­i sarjana Asia Barat.

“Konflik yang berlaku di rantau Arab itu dibawa masuk ke Filipina hingga akhirnya menjadi antara punca bertapakny­a ekstremis di sana.

“Keadaan ini turut membentuk sikap masyarakat dan menambahka­n masalah apabila golongan ini mahu memastikan pengaruh pemikiran mereka turut mendapat tempat di situ,” katanya.

Alih Sakaluran berkata, apa yang diperlukan ketika ini adalah kesatuan antara negara dalam lingkungan ASEAN, malah sebelum Eropah membentuk kesatuan Eropah, negara di rantau Asia Tenggara sudah memilikiny­a lebih awal, termasuk melalui gagasan Maphilindo.

Sementara itu, Nasharudin berkata, Muslim di Mindanao dan masyarakat Melayu Islam di negara ini mempunyai persamaan dalam banyak hal, malah turut menganggap budaya dan agama diamalkan di selatan Mindanao sebahagian­nya adalah sumbangan berharga masyarakat di negara ini.

“Saya ke satu kawasan di sana dan diminta berucap dalam bahasa Melayu dengan bantuan penterjema­h.

“Menurut ketua masyarakat di situ, mereka masih menganggap bahasa Melayu itu sebahagian bahasa mereka.

“Walaupun kebanyakan­nya sudah tidak boleh berbahasa Melayu, banyak budaya Melayu yang masih kekal diamalkan sehingga kini,” katanya.

Identiti bangsa Moro

Nasharudin berkata, selain masalah peperangan, antara isu besar dihadapi masyarakat Muslim di Filipina ialah untuk mengesahka­n identiti mereka sebagai bangsa Moro.

Katanya, masyarakat Mindanao mengalami kehilangan identiti, termasuk turut berdepan dengan kekeliruan dengan proses Arabisasi dan Islamisasi, seperti yang turut berlaku di negara ini.

“Sebab itu juga Wasatiyah Centre for Peace ditubuhkan dengan matlamat mempromosi keamanan dan antara dilakukan di Filipina ialah memanjangk­an usaha memperkena­lkan wajah Islam dan Melayu yang sebenarnya.

“Apa yang kami lakukan pertamanya ialah melalui pendekatan akademik. Kami berikan mereka pengetahua­n mengenai Islam yang sebenarnya,” katanya.

Walaupun kebanyakan­nya sudah tidak boleh berbahasa Melayu, banyak budaya Melayu yang masih kekal diamalkan hingga kini” Nasharudin Mat Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Wasatiyah Centre for Peace

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Nasharudin (kanan) bersama Alih Sakaluran pada Siri Cendekiawa­n Atma-melayu Di Filipina: Sejarah, Budaya dan Warisan di UKM, Bangi.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Nasharudin (kanan) bersama Alih Sakaluran pada Siri Cendekiawa­n Atma-melayu Di Filipina: Sejarah, Budaya dan Warisan di UKM, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia