Berita Harian

Doodle Google rai legasi Zeid

-

London: Enjin carian gergasi, Google baru-baru ini menghasilk­an ‘doodle’ (contengan) bagi meraikan kehidupan Fahrelniss­a Zeid, seniman Turki yang terkenal kerana gemar mengadun tradisi Islam dengan pengaruh Barat dalam karyanya.

Ia bersempena dengan tarikh 7 Januari, iaitu ulang tahun ke-118 kelahiran Zeid yang meninggal dunia pada 5 September 1991.

Zeid terkenal menerusi ciptaan gaya abstrak tersendiri dengan corak kaleidosko­pik. Karyanya, Towards a Sky yang dihasilkan pada 1953, dijual pada harga hampir 1 juta pound (kira-kira RM5.3 juta) pada 2017.

Dilahirkan pada 7 Januari 1901, Zeid antara wanita terawal menghadiri sekolah seni di Turki sebelum menetap di beberapa bandar berbeza sepanjang kariernya.

Beliau turut menjadi sebahagian gaya avant-garde di Instanbul sebelum tercetusny­a perang Berlin dan selepas perang Paris.

Reputasi sebagai seniman

Reputasi Zeid sebagai seniman semakin berkembang pada era 1950an ketika beliau menetap di antara London dan Paris serta mula mempamerka­n karyanya secara meluas.

Mengenai penyertaan­nya dalam seni abstrak, Zeid berkata, beliau tidak pernah menyimpan hasrat sedemikian pada awalnya.

“Saya sangat konvension­al, bekerja dengan bentuk dan nilai, tetapi pengalaman menaiki pesawat menyedarka­n saya yang dunia itu terbalik.

“Seluruh bandar boleh dipegang dengan tangan dan dunia boleh dilihat dari atas,” katanya seperti dipetik melalui www.independen­t.co.uk

Seniman kelahiran Turki itu menghasilk­an banyak potret sepanjang kariernya, termasuk Presiden Amerika, Donald Trump pada tahun 1980-an ketika Trump masih lagi seorang taikun hartanah yang merendah diri.

Zeid kemudian berpindah ke Amman, Jordan dan beliau memulakan sekolah seninya sendiri.

 ??  ?? Google hasilkan ‘doodle’ raikan Zeid.
Google hasilkan ‘doodle’ raikan Zeid.
 ??  ?? Zeid menghasilk­an karya adunan tradisi Islam dan Barat.
Zeid menghasilk­an karya adunan tradisi Islam dan Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia