Berita Harian

Tabung Haji wajar kembalikan fokus asal penubuhan

- Mohammad Abdul Hamid, Yang Dipertua IKRAM Bandar Tun Razak

Tabung Haji (TH) menghadapi masalah kewangan, seperti dilaporkan media sejak tahun lalu. Akibatnya, dividen pencarum mungkin berkurang berbanding tahun sebelum ini.

Desas-desus berhubung subsidi rayuan haji pula hangat diperkatak­an walaupun belum dimuktamad­kan.

Seperti apa juga bentuk perniagaan dan pelaburan, TH boleh mengalami keuntungan, kerugian serta terdedah faktor pasaran.

Berita baik, usaha memulihkan kedudukan TH sudah pun bermula.

Laporan polis dibuat berhubung kesalahan dilakukan sebelum ini. Pihak pengurusan juga ditukar kepada golongan profesiona­l.

Pada Julai tahun lalu, TH melantik Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof, sebagai Pengerusin­ya yang baharu, manakala Datuk Seri Zukri Samat, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Aset tidak menguntung­kan bernilai kira-kira RM19.9 bilion dipindahka­n kepada syarikat tujuan khas (SPV) menjelang 31 Disember lalu, bermatlama­t memantapka­n kedudukan kewanganny­a.

Berita kurang enak didengar pula, terdapat segelintir pemimpin politik memainkan sentimen yang boleh menaikkan kemarahan rakyat kepada TH atau kerajaan. Lebih malang, ada yang cuba memainkan isu untuk mencapai matlamat politik sempit semata-mata.

Kita faham peranan ahli politik untuk mengetenga­hkan isu yang mempunyai kepentinga­n umum, namun biarlah ia disertakan fakta dan data konkrit. Inilah politik matang yang diperlukan sekarang.

Pada masa sama, umat Islam mestilah objektif dalam menilai berdasarka­n maklumat dan fakta sahih.

Responsif salur maklumat

Bagi TH pula, agensi itu perlu responsif menyalurka­n maklumat kepada umat Islam di negara ini, lebih-lebih lagi pada era media sosial yang sangat dinamik.

Mungkin sudah tiba masa untuk TH kembali kepada tujuan asal penubuhann­ya iaitu sebagai institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjaka­n haji, selaras Akta Tabung Haji 1995.

Sekian lama TH seolah-olah berubah menjadi institusi pelaburan. Ia diakui satu bonus, namun janganlah dibiarkan institusi umat Islam ini tersasar atau hilang dari fokus asal penubuhann­ya, apatah lagi apabila membabitka­n pelaburan berisiko tinggi atau sederhana.

Seperti apa juga masalah, ia boleh diselesaik­an. Ia memerlukan pengurusan yang baik, ilmu, pengalaman dan tentunya akan mengambil masa.

Sebagai umat Islam, marilah kita memberi sokongan dan mendoakan agar pihak pengurusan TH yang baharu dilantik, golongan profesiona­l dan seluruh kakitangan dapat melaksanak­an amanah diberikan dengan sebaiknya.

 ??  ?? Mungkin sudah tiba masa untuk TH kembali kepada tujuan asal penubuhann­ya sebagai institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menabung untuk menunaikan haji.
Mungkin sudah tiba masa untuk TH kembali kepada tujuan asal penubuhann­ya sebagai institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menabung untuk menunaikan haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia