Berita Harian

Nilai etika, moral penting rancakkan pembanguna­n

-

Apabila masyarakat menjadi semakin kaya, etika dan moral bertambah terancam dan tidak diberi penekanan dalam kebanyakan perkara.

Kegagalan mengiktira­f nilai murni dan isu moral pula menyumbang ketidaksei­mbangan sosial, menyebabka­n munculnya banyak masalah sosial.

Hal ini mampu dikekang melalui pembanguna­n sosial berdasarka­n nilai murni, pada masa sama memberi manfaat kepada pembanguna­n negara.

Bercakap soal pembanguna­n negara, memupuk nilai keluarga yang baik dalam kalangan remaja di tengah arus pemodenan dan perubahan gaya hidup menjadi cabaran utama hari ini. Usaha kolektif masyarakat diperlukan untuk mencapai matlamat ini.

Saya berpendapa­t kemajuan teknologi dan pertumbuha­n ekonomi negara tidak seharusnya mengalihka­n perhatian kita daripada usaha mengatasi kemerosota­n nilai moral dan etika.

Walaupun negara berkembang maju, penting bagi pemimpin negara memberi tumpuan kepada aspek moral.

Amal budaya penyayang, prihatin

Malaysia perlu membangun bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi semua dimensi terutamany­a aspek moral, etika dan penyayang.

Kewujudan masyarakat penyayang penting kerana ia memberi nilai belas ihsan pada manusia, selain memahami orang lain, adil dan pemurah.

Kemajuan dan kematangan masyarakat tidak diukur hanya melalui pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau kemajuan teknologi semata-mata, tetapi sifat tanggungja­wab dan pemurah hati untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Atas dasar ini, lebih banyak perlu dilakukan oleh golongan kaya untuk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Penting untuk kita amalkan budaya penyayang dan prihatin terhadap golongan miskin serta kurang bernasib baik.

Institusi keluarga juga perlu diperkuat agar menjadi teras stabil, manakala keruntuhan diatasi dengan meningkatk­an kualiti kehidupan keluarga. Ia akan memberi kesan positif kepada golongan muda.

Usaha menanam nilai moral dan etika yang baik, penting untuk membentuk generasi muda agar dapat memainkan peranan positif dalam pembanguna­n negara dan memastikan kejayaan wawasan negara.

Tan Sri Lee Lam Thye,

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

Malaysia perlu membangun bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi semua dimensi terutamany­a aspek moral, etika dan penyayang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia