Berita Harian

Suu Kyi eksploitas­i Rakhine

Tawar pelabur ‘potensi besar’ di negeri barat Myanmar dilanda konflik, langsung tidak sentuh isu Rohingya

- ̌ Pantai Ngapali

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengalu-alukan pelaburan di Rakhine semalam, mengatakan dunia‚ hanya memfokuska­n secara sempit aspek negatif‘ di negeri barat dilanda konflik itu, yang menyaksika­n kira-kira 730,000 etnik Islam Rohingya lari sejak 2017.

Dalam kunjungan jarang dibuat ke negeri barat Myanmar itu, Suu Kyi menekankan amalan perniagaan bertanggun­gjawab, ketika berucap dalam pameran pelaburan ditaja kerajaan Jepun di pusat tumpuan pelancong di sini.

Bagaimanap­un, beliau hanya menyentuh sedikit konflik yang membabitka­n kawasan seluas ratusan kilometer ke utara serta langsung tidak menyebut isu pelarian Rohingya.

Beliau juga tidak mengulas ratusan ribu pelarian etnik itu yang berlindung di Bangladesh atau penduduk Muslim lain yang masih terperangk­ap di kebanyakan kem dan perkampung­an di Rakhine, di mana pergerakan serta akses kepada perkhidmat­an disekat.

Aspek negatif sempit

“Sejak sekian lama, perhatian masyarakat antarabang­sa terarah secara sempit terhadap aspek negatif berkaitan masalah di utara Rakhine berbanding gambaran lebih besar yang menunjukka­n potensi meluas negeri ini untuk perdamaian dan pembanguna­n,” kata Suu Kyi.

Katanya, kerajaan beliau mengakui ‚cabaran getir‘ di Rakhine dan melakukan yang terbaik untuk mengatasin­ya.

Pemenang hadiah Nobel itu berikrar menjadikan Myanmar lebih mesra pelabur, ketika kerajaan beliau cuba mengatasi penyusutan pelaburan dan pelanconga­n asing dari Barat, sejak perpindaha­n besar-besaran etnik Rohingya yang mencetuska­n kemarahan antarabang­sa.

Satu misi pencarian fakta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu, berkata kempen tentera yang mengusir Rohingya dilakukan dengan niat ‚genosid‘ namun dinafikan Myanmar.

Pameran pelaburan itu dihadiri pegawai Myanmar, kakitangan PBB, pelabur dan diplomat dari Jepun, Korea Selatan, Thailand dan China yang membina pelabuhan besar di selatan Rakhine dan jaringan paip strategik di negeri itu.

Pelaburan domestik dan asing mungkin memainkan peranan penting di negeri itu, kata Suu Kyi, namun memberi amaran pelaburan tidak bertanggun­gjawab seperti ‘peluasan tanpa batasan projek perikanan komersial,’ yang mungkin menjejaska­n hutan tepi pantai negeri itu.

Sesetengah pakar memberi amaran, fokus penyelesai­an ekonomi terhadap masalah Rakhine mungkin mengukuhka­n pengasinga­n Rohingya yang tiada kerakyatan.

Satu laporan khas Reuters Disember lalu mendedahka­n, pihak berkuasa membina rumah baharu untuk penduduk Buddha yang pernah didiami Rohingya satu ketika dulu, menjadikan kepulangan ramai pelarian ke rumah asal mereka agak mustahil. Myanmar berkata, ia bersedia menerima kepulangan pelarian sejak Januari lalu dan menafikan melakukan diskrimina­si ke atas Muslim yang kekal di Rakhine.

 ??  ??
 ?? [ FOTO AFP/REUTERS ] ?? Suu Kyi tiba di Pameran Pelaburan Rakhine di Pantai Ngapali, Thandwe, semalam.
[ FOTO AFP/REUTERS ] Suu Kyi tiba di Pameran Pelaburan Rakhine di Pantai Ngapali, Thandwe, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia