Berita Harian

Bapa Hoda fail tuntutan bawa pulang anak, cucu

-

Washington: Bapa kepada seorang wanita Alabama yang menyertai militan Daesh di Syria memfailkan tuntutan kelmarin untuk membawanya pulang ke Amerika Syarikat (AS) selepas pentadbira­n Presiden Donald Trump mengambil langkah luar biasa mengisytih­arkan wanita itu bukan rakyatnya.

Hoda Muthana, 24, berkata dia kesal menyertai militan dan bersedia berdepan pendakwaan di AS berhubung propaganda berapi bagi pihak kumpulan pengganas itu.

Sehari selepas Trump mengisytih­arkan di Twitter, mengeluark­an arahan melarang kepulangan Hoda, bapanya memfailkan tuntutan tergempar memohon sebuah mahkamah persekutua­n mengesahka­n anak perempuann­ya seorang warga AS dan membenarka­nnya pulang bersama anak kecilnya. Suami Hoda, militan warga Tunisia, terbunuh dalam pertempura­n.

Pertelingk­ahan perundanga­n itu bergantung kepada garis masa samar-samar kertas kerja birokratik pada 1994 ketika Hoda lahir dan bapanya, Ahmed Ali Muthana, melepaskan jawatannya di Kedutaan Yaman untuk bertugas di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sedia serah diri

Perlembaga­an AS memberi kerakyatan kepada sesiapa yang lahir di negara itu dengan pengecuali­an anak diplomat oleh kerana mereka bukan di bawah bidang kuasanya.

“Sekembalin­ya Hoda ke AS, dia bersedia menyerah diri terhadap sebarang pendakwaan wajar Jabatan Kehakiman AS. Dia hanya memerlukan bantuan kerajaanny­a membantu kepulangan yang membolehka­nnya menyerah diri serta anak lelakinya,” kata tuntutan difailkan dengan Mahkamah Daerah AS di sini.

Dalam tuntutan itu, Ahmed berkata, beliau diminta kerajaan Yaman menyerahka­n kad pengenalan diplomatik pada 2 Jun 1994 ketika negara Arab terjerumus ke kancah perang saudara.

Hoda lahir di New Jersey pada 28 Oktober tahun itu dan keluargany­a kemudian menetap di Hoover, Alabama, kawasan makmur di AS.

Jabatan Negara pada mulanya mempersoal­kan hak kerakyatan Hoda apabila bapanya memohon pasport untuknya ketika kanakkanak kerana rekod AS menunjukka­n Ahmed seorang diplomat sehingga Februari 1995,” kata tuntutan.

 ??  ?? Hoda bersama anaknya.
Hoda bersama anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia