Berita Harian

Klopp didenda persoal pengadil

-

London: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp didenda 45,000 pound (RM239,000) oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) kerana mendakwa pengadil, Kevin Friend berat sebelah ketika pasukannya seri 1-1 menentang West Ham di Stadium London, di sini, awal bulan ini.

Klopp yang skuadnya kini di tangga kedua berdasarka­n perbezaan jaringan dengan pendahulu, Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), berkata berasakan Friend sedar yang dia sepatutnya membatalka­n gol pembukaan Sadio Mane pada minit ke-22 kerana James Milner jelas berada dalam kedudukan ofsaid dan cuba menebus kesilapann­ya sepanjang baki permainan.

“Jurgen Klopp didenda 45,000 pound selepas mengaku bersalah di atas kenyataan yang dib uat berikutan perlawanan liga antara Liverpool dan West Ham United pada 4 Februari 2019,” kata FA dalam satu kenyataan kelmarin.

“Kenyataan yang dibuat ketika temu ramah selepas perlawanan melanggar Peraturan FA E3(1), kerana mempersoal­kan integriti pengadil perlawanan dan/atau menuduh berat sebelah.”

Disember lalu Klopp didenda 8,000 pound (RM45,500) selepas dia masuk ke dalam padang untuk memeluk penjaga gol, Alisson Becker susulan kemenangan pasukannya ke atas Everton di Anfield.

 ??  ?? Jurgen Klopp
Jurgen Klopp

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia