Berita Harian

Peluang Red Devils ‘berbudi’ pada jiran di Manchester

-

terikat 1-1. Ketika kekalahan itu, United dibimbing oleh `The Special One’ Jose Mourinho manakala Liverpool oleh Jurgen Klopp.

Kedudukan kedua-dua pasukan ketika pertembung­an berkenaan jelas berbeza dengan The Reds gah berada dalam kelompok tiga terbaik liga tatkala Red Devils bergelut dengan prestasi turun naik. Kemenangan anak buah Klopp itu menyaksika­n penyokong mereka bagaikan di puncak dunia.

Esok kedua-dua bakal pasukan bertemu lagi dan kali ini Old Trafford menjadi tuan rumah. Sudah pasti pertemuan ini sangat dinantikan termasuk di Malaysia. Biarpun tiada rekod rasmi, dikatakan penyokong Liverpool dan United adalah paling ramai di negara ini.

Apakah yang kita jangkakan dari pertembung­an dua seteru

EPL ini? Berbanding pertemuan pertama, kali ini keputusan bakal memberi implikasi besar kepada nasib kedua-dua pasukan. Buat Liverpool, menang akan melonjakan mereka ke tangga teratas liga memintas Manchester City.

Solksjaer jadi sandaran

Begitu juga jika keputusan terikat. Ia tetap akan memberi kelebihan The Reds ke atas City untuk memintas penyandang juara itu. Ketika ini kedua-dua pasukan menghimpun jumlah mata sama iaitu 65, namun pasukan Klopp kelebihan satu aksi.

Namun jika tewas, Liverpool akan kekal ditangga kedua, namunkedud­ukanmereka­akan terancam oleh Tottenham Hotspur yang beraksi 24 jam lebih awal jika dapat mengatasi Burnley. Spurs ketika ini ketinggala­n lima mata.

Bagi United pula, andai menang, mereka akan terus kekal di tangga keempat liga. Namun jika seri atau tewas, ia mungkin dipintas oleh Arsenal yang bakal bertemu di Southampto­n pada malam esok juga. Satu lagi pencabar liga, Chesela tidak akan beraksi Brighton esok.

Sebaliknya, mereka akan membuat perhitunga­n dengan City pada aksi final Piala Liga di Stadium Wembley pada jam 12.20 tengah malam esok, kira-kira 45 minit selepas perlawanan UnitedLive­rpool di Old Trafford berakhir.

Dengan Mourinho yang disingkirk­an sebaik tewas kepada Liverpool tempohari,

Ole Gunnar Solksjaer kini jadi sandaran untuk mengecewak­an Klopp dan anak buahnya.

Dengan kejayaan mengatasi Chelsea2-0padaaksip­ialafa pertengaha­n minggu selepas tewas kecewa dijinakkan oleh

PSG pada saingan Liga JuaraJuara, United harus berpeluang menebus dendam ke atas Liverpool disamping ‘berbudi’ kepada jiran mereka, City untuk kekal mendominas­i liga musim ini.

Sementara itu, Tottenham dijangka berdepan saingan getir mengutip mata penuh apabila berkunjung ke Stadium Turf Moor bertemu tuan rumah, Burnley yang kini menduduki tangga ke-15 liga.

Arsenal pula yang masih segar mengenepik­an kelab Belarus, BATE menerusi agregat, 3-1 dalam saingan Liga Europa saingan 32 terbaik, dijangka tiada masalah untuk mengatasi Southampto­n di Emirates untuk terus menekan United di tangga keempat liga. - Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia