Berita Harian

Rizal dedah duka Syazwan

Pemenang emas Sukan Para ASEAN hidup ‘merempat’ di surau CIQ JB

- Oleh Haika Khazi

Pemenang emas berbasikal lebuh raya Sukan Para ASEAN Ke-9, Mohamad Syazwan Roshdi, kini dipercayai hidup ‘merempat’ selepas ditemui menumpang di surau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Bekas pelumba basikal negara, Rizal Tisin, berkata dia terserempa­k dengan Syazwan yang berjaya memenangi pingat menerusi acara kategori C1, C2, C3 (pelbagai kecacatan anggota) itu secara tak sengaja di situ ketika singgah untuk solat Isyak malam kelmarin.

Katanya, Syazwan sudah tiga malam tidur di surau berkenaan selepas atlet itu mendakwa ditipu seorang kenalan yang kononnya ingin membantuny­a mendapatka­n pekerjaan di Singapura selepas tidak menerima surat tawaran semula menjadi atlet sepenuh masa di bawah Majlis Sukan Negara (MSN).

Syazwan terpaksa berlapar

Rizal berkongsi maklumat itu menerusi akaun Facebookny­a lewat malam kelmarin.

“Salam semua, maaf spam timeline kawan2 kat sini. Saya ada story sikit kat sini nak coret buat tatapan kita semua. Tadi ketika di surau JB CIQ lepas Isya saya ditegur seorang pemuda OKU. Tengok punya tengok laa si Syazwan bekas atlet berbasikal Para Malaysia C3.

“Cerita dia, si Syazwan ni da 3 hari tidur kat surau JB CIQ tu sebab sudah kena kencing dengan kawan dia dari Singapore kata nak tolong cari kerja kat sana. Si Wan (Shazwan) ni ulang alik tiga hari gigih nak gak cari kerja kat sana sebab dah janji dengan mak dia”.

Dalam catatannya itu Rizal juga memaklumka­n dia difahamkan Syazwan juga terpaksa mengikat perut dan tidak makan atau mandi sepanjang tinggal di situ kerana kehabisan wang saku dibawanya akibat jadi mangsa penipuan rakan kepada seorang rakannya membabitka­n sebanyak RM500.

Berikut catatan Rizal lagi: “Tak boleh nak harap MSN (Majlis Sukan Negara) or KBS (Kementeria­n Belia dan Sukan) tolong semua atlet yang dah tak disambung kontrak MSN kena tolong kan? tapi kan .... Syazwan ni OKU both tangan dia kecik dan tak kuat macam kita.

“Nak makan pun straight mulut ke pinggan. Korang rasa apa kita perlu buat? Aku takde cara lain so aku bawak dia balik lepak dengan aku kat rumah sementara cari jalan penyele- saian,” kata Rizal.

Kesediaan bantu Syazwan

Sementara itu, Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) yang juga seorang usahawan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin menyatakan kesediaan untuk membantu Syazwan mendapatka­n pekerjaan sesuai di ibu negara atau Seremban.

“Saya mengambil inisiatif ini kerana saya menghargai jasa Syazwan mengharumk­an nama negara di peringkat antarabang­sa. Saya berharap dengan usaha kecil saya ini dapat sedikit sebanyak membantu beliau untuk meneruskan kehidupan,” katanya yang mendapat tahu mengenai nasib atlet itu menerusi laporan Sukan BH semalam.

 ??  ?? Rizal dedahkan kisah Syazwan dalam akaun Facebookny­a.
Rizal dedahkan kisah Syazwan dalam akaun Facebookny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia