Berita Harian

Oltmans tak risau tanpa kelibat Kumar

-

Kuala Lumpur: Sekalipun penjaga gol nombor satu hoki negara, S Kumar terpaksa berehat panjang akibat kecederaan paha, namun ia langsung tidak mengundang rasa gusar ketua jurulatih skuad Malaysian Tigers, Roelant Oltmans.

Kumar terpaksa berehat dua bulan selepas otot pahanya disahkan koyak sepanjang 7.5sm ketika beraksi membantu pasukan majikannya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) membenam TNB Thunderbol­ts 7-2 dalam aksi Liga Perdana, Jumaat lalu.

Ia sekali gus menyaksika­n penjaga gol berusia 39 tahun itu sudah pasti terlepas saingan Piala Sultan Azlan Shah, hujung bulan depan yang dijadikan sebagai medan pemanas badan terakhir skuad negara sebelum memulakan misi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan saya,” kata Oltmans. “Kumar sudah buktikan sebelum ini ketika dia mengalami kecederaan pergelanga­n tangan tahun lalu.

“Apa yang bagus mengenai Kumar, dia sentiasa memastikan dirinya berada dalam bentuk terbaik setiap kali pulang daripada kecederaan. Malah, di Piala Dunia tahun lalu dia tetap menampilka­n aksi hebat dan tidak perlukan tempoh yang panjang dengan pengalaman dimilikiny­a.”

Kekosongan posisi gawang

Ia bukan kali pertama situasi sedemikian menimpa Kumar. Sebelum ini dia pernah berehat selama enam bulan pada awal tahun lalu kerana isu doping, namun cemerlang ketika membantu Malaysia memenangi pingat perak Sukan Asia selain beraksi di Piala Dunia 2018.

Atas faktor itu menyebabka­n Oltmans tetap yakin penjaga gol yang sudah membuat 310 penampilan untuk negara sejak 1999 itu akan kembali dalam keadaan terbaik bagi mengha- rungi kempen Final Siri Dunia di Kuala Lumpur bermula 26 April hingga 5 Mei ini.

Sepanjang ketiadaan Kumar, Oltmans membayangk­an kekosongan posisi gawang untuk saingan Piala Sultan Azlan Shah nanti akan menjadi rebutan antara Hairi Abdul Rahman, Muhd Hafizuddin Othman dan Muhd Zaimi Mat Deris.

“Kami masih ada tiga penjaga gol dalam skuad latihan dan hampir pasti dua daripadany­a akan mengisi posisi terbabit. Cumanya, untuk saya memanggil penjaga gol muda TNB, Che Shahrul (Azmi Che Saupi) mungkin bukan masanya lagi kerana dia masih muda dan lebih baik dia terus fokus dengan skuad remaja negara,” kata Oltmans.

Che Shahrul, 18, muncul antara watak penting dalam membantu Malaysia menjulang pingat emas sulung Sukan Olimpik Belia di Buenos Aires, Argentina, tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia