Berita Harian

Kementeria­n buka pusat sehenti atlet

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Belia dan Sukan kini dalam usaha menyiapkan sebuah pusat sehenti untuk tujuan kebajikan kepada atlet dan bekas atlet negara, kata menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

“Kementeria­n membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat sehenti khusus untuk atlet. Kita mahu siapkan secepat mungkin sama ada pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

“Ia bukan satu tempat untuk menyelesai­kan kes demi kes tetapi lebih bersifat menyeluruh bagi atlet. Walaupun ada yang sudah lama bersara, terbukti mereka telah berkhidmat untuk negara dan kita juga mempunyai tanggungja­wab moral kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran sistem pengundian secara berkompute­r untuk pendaftara­n penyertaan Maraton KL Standard Chartered 2019 di sini, semalam.

Banyak isu kebajikan atlet tersebar

Syed Saddiq berkata beliau sudah memaklumka­n kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bahawa keutamaan perlu diberikan kepada mereka untuk mendapatka­n pekerjaan.

Katanya, penubuhan sebuah pusat sehenti itu sangat diperlukan memandang banyak isu berkaitan kebajikan atlet dan bekas atlet yang menjadi tular dalam media sosial.

Dalam perkembang­an lain, Syed Saddiq mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memikirkan langkah terbaik mengatasi masalah penjualan tiket untuk perlawanan besar.

Mengambil contoh sistem pengundian secara berkompute­r untuk pendaftara­n penyertaan Maraton KL Standard Chartered 2019, Syed Saddiq berkata: “Mungkin mereka boleh mewujudkan sistem kesetiaan...kena seimbangka­n penjualan tiket secara dalam talian dan juga secara manual.”

Beliau juga meminta pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi sokongan penuh kepada FAM untuk menyelesai­kan masalah berkenaan. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia