Berita Harian

‘Ubi muda’ bersemanga­t tinggi rebut tempat

-

Alor Setar: Seorang lagi ‘ubi muda’ pasukan Kedah, Fayadh Zulkifli jelas tidak mahu menunggu lama untuk segera serasi dan bersaing bersama rakan sepasukan dalam skuad Helang Merah yang kini bersaing pada aksi Liga Super.

Walaupun penampilan pertama hanya selama 11 minit ketika Kedah bertemu FELDA United baru-baru ini, pendedahan itu cukup bererti bagi dirinya untuk bersaing ke tahap yang lebih tinggi seperti dikehendak­i oleh ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.

“Hasrat saya adalah untuk terus memperting­katkankan kemampuan diri apabila mendapat peluang beraksi. Ini memberi cabaran pada saya untuk membuktika­n boleh menjadi pemain yang perlu diberi perhatian oleh ketua jurulatih dalam perancanga­nnya seperti rakan sepasukan, Fadzrul Danel,” katanya semalam.

Pemain sayap berusia 20 tahun kelahiran Baling, Kedah ini mula menjadi tumpuan selepas muncul pemain terbaik perlawanan akhir Piala Menteri Besar Kedah dua tahun lalu, sebelum diserapkan ke dalam skuad utama bimbingan Aidil Sharin musim ini.

“Saya harus timba lebih banyak ilmu daripada ketua jurulatih kerana masih belum berpuas hati dengan pencapaian setakat ini. Saya anggap ini satu permulaan yang baik untuk diri saya dalam usaha meningkatk­an keupayaan.

“Hasrat saya juga adalah untuk mencurah bakti buat pasukan selain memberi kebanggaan kepada keluarga dan semua penyokong Kedah kerana jika semua puas hati dengan pencapaian saya barulah saya sendiri akan berpuas hati.” katanya dengan penuh semangat.

Kelicikan Fayadh membolehka­nnya menjadi watak utama yang membawa Kedah muncul naib juara Sukan Malaysia dan Piala Presiden pada tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia