Berita Harian

Velazquez sandaran lonjak JDT

Pertemuan menentang Melaka dijangka sengit dengan tuan rumah jadi pilihan

- Oleh Rizar Mohd Noor dan Nazri Abu Bakar

Apakah kehadiran semula Leandro Velazquez mampu memperkasa­kan semula pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia, malah Liga Juara-juara Asia (ACL) musim ini?.

Mungkin langkah pengurusan tertinggi kelab yang menjuarai liga lima musim berturuttu­rut itu adalah jalan terbaik ketika skuad Harimau Selatan tampak kurang menyengat di posisi tengah pada tiga aksi awal saingan Liga Super.

Penampilan pertama

Biarpun dalam tempoh singkat menjalani latihan, Velazquez dijangka membuat penampilan pertama bersama JDT yang pernah disertainy­a pada musim 2015 apabila melayani Melaka United pada aksi liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, di sini, malam ini.

Ia pasti menarik apabila Velazquez akan bertembung dengan Safiq Rahim dengan kedua-dua pemain itu pernah beraksi bersama dan membantu JDT menjulang kejuaraan Piala AFC pada musim 2015 namun kini akan ‘bermusuhan’.

Selepas kontrak bersama JDT ditamatkan pada 2015, bekas pemain bawah 20 tahun Argentina itu kembali ke negara asalnya dan menyertai kelab Deportivo Pasto berpengkal­an di Columbia selama dua musim pada 2016 dan 2017.

Pertemuan sengit

Kemudian, dia ke Mexico bagi menyertai kelab Tiburones Rojos de Veracruz sebelum dipinang semula JDT bagi mengganti Aaron Niguez yang digugurkan dalam skuad JDT selepas dikatakan kurang berkesan dalam tiga perlawanan diharungi.

Apa pun perubahan dilakukan JDT, ia dilihat sebagai rombakan untuk menguatkan semula pasukan itu dan pertembung­an menentang Melaka menjadi perhatian penyokong Harimau Selatan sama ada tindakan itu wajar atau sebaliknya.

Sementara itu, bekas pemain pertahanan kebangsaan Johor dan Melaka, Azmil Azali menjangkak­an pertemuan Melaka dan JDT itu bakal sengit dan tidak menolak skuad Hang Tuah mampu melakukan kejutan jika benteng tuan rumah alpa dalam tempoh 90 minit saingan.

Baginya, rekod pertemuan yang memihak kepada skuad Harimau Selatan termasuk pernah menang 7-0 di gelanggang sama pada 2017 bukan lagi satu kelebihan selain Safiq dijangka memberi masalah kepada tuan rumah menerusi kemampuann­ya menguasai barisan tengah.

“Namun saya masih yakin JDT mampu menewaskan MU pada aksi di laman sendiri tambahan menerusi sokongan padu peminat setia yang sudah sebati dengan corak dan perjalanan pasukan di gelanggang keramat terbabit,” katanya.

 ?? [ FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS ] ?? Pemain JDT menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Melaka United di Larkin malam ini.
[ FOTO FB JOHOR SOUTHERN TIGERS ] Pemain JDT menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Melaka United di Larkin malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia