Berita Harian

PKNS diminta tak pandang mudah cabaran PKNP

-

Kuala Lumpur: Kedudukan PKNS FC yang ketika ini menghuni tangga kelima Liga Super tidak menjamin laluan mudah buat mereka apabila bakal melayan kunjungan PKNP FC bagi ‘derbi perbadanan kemajuan ekonomi negeri’ di laman sendiri, malam ini.

Meskipun PKNP FC menghuni zon penyingkir­an selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga aksi setakat ini, namun itu bukan gambaran penuh mengenai kekuatan sebenar skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu.

Justeru, kapten skuad Semut Merah, Akram Mahinan memberi amaran kepada rakan sepasukann­ya supaya mengambil pendekatan berhat-hati dan tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan sekalipun kedudukan liga menceritak­an yang sebaliknya.

Mahu terus rentak positif

Malah, mereka juga seharusnya tidak terbawa-bawa dengan kemenangan besar 4-0 yang dilakar ke atas pasukan ‘abang’, Selangor pada aksi minggu lalu memandangk­an aksi bertemu PKNP FC sudah tentu satu perlawanan yang jauh berbeza.

“Kita tidak seharusnya selesa dengan rekod beberapa perlawanan sebelum ini dan bagi saya, kita perlu bekerja keras untuk aksi bertemu PKNP FC.

“Dengan momentum yang sudah diraih, saya harapkan rakan sepasukan dapat meneruskan rentak positif ini dan menunjukka­n aksi yang lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Selepas tiga perlawanan setakat ini, anak buah Datuk K Rajagobal itu berjaya meraih satu kemenangan, satu seri dan satu tewas untuk menghimpun empat mata.

Namun, nasib berbeza dialami PKNP FC selepas sekadar mengutip satu mata hasil keputusan mengikat FELDA United 1-1 namun tewas dua aksi bertemu Kedah dan juga pendatang baharu Liga Super, PJ City FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia