Berita Harian

PDRM sudah langsai separuh tunggakan gaji

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Kuala Lumpur: Walaupun diuruskan oleh pentadbira­n baharu, Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) tidak pernah lepas tangan terhadap tunggakan gaji yang ditinggalk­an oleh pengurusan lama.

Ketika ini, usaha yang dijalankan oleh persatuan berkenaan sudah melepasi separuh daripada sasaran apabila berjaya melunaskan bayaran kepada seramai 12 pemain dan empat pegawai berjumlah RM522, 000.

Akui ralat

Pengurus pasukan PDRM, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar mengakui ralat dengan apa yang berlaku dan atas iniatif pengurusan baharu, pihaknya berusaha cari dana bagi membantu menyelesai­kan tunggakan.

“Persatuan Bolasepak PDRM bukan tempat mencari glamor seperti sebelum ini. Kalau mahu glamor, itu bukan prinsip bola sepak. Kamu ada tanggung jawab dan jangan lepaskan (masalah) kepada persatuan.

“Kami terhutang budi kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) kerana memberi ruang dan berunding untuk kurangkan jumlah itu. Terima kasih juga kepada pemain kerana menerimany­a.

“Saya rela pasukan berada di bawah asalkan pasukan tidak berhutang. Sekarang ini kita sudah selesaikan hutang kepada 16 individu. Saya utamakan yang tempatan dulu mengikut bajet kali ini,” katanya pada sidang media semalam.

Daripada jumlah itu, PDRM FA mengeluark­an wang tajaan sebanyak RM174,000 daripada hasil tajaan dan selebihnya dibayar terus daripada baki yang masih ada di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terus cari dana

Inisiatif PDRM FC untuk tidak ‘berkira’ dalam menyelesai­kan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan sememangny­a wajar dipuji ketika arena bola sepak negara turut dihimpit isu sama sehingga menyaksika­n Perlis disingkirk­an daripada Liga Malaysia (Liga M).

Dalam masa sama, Kamarul Ariffin berkata ketika ini pihaknya akan terus berusaha mencari dana bagi melunaskan baki tunggakan membabitka­n empat pemain import serta dua pegawai yang dianggarka­n berjumlah RM696,000.

“Untuk kelompok pertama ia sudah selesai. Yang masih tertunggak adalah empat pemain import serta dua pegawai. Perit untuk cari duit tetapi kita akan cuba selesaikan­nya dalam tempoh dua bulan ini dan saya sendiri akan terus berhubung rapat dengan mereka,” katanya.

Saya rela pasukan berada di bawah asalkan pasukan tidak berhutang. Sekarang ini kita sudah selesaikan hutang kepada 16 individu” Kamarul Ariffin Mohd Shahar, Pengurus pasukan PDRM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia