Berita Harian

Sabah perlu pejuang agama berlandask­an ekonomi

Langkah bagi suntik semangat baharu perkasa umat Islam

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Sabah memerlukan pejuang agama, nasionalis dan patriot baharu yang berjuang melalui landasan ekonomi bagi membantu memperbaik­i kedudukan umat Islam di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ia bagi menyuntik semangat baharu ke arah memperkasa ekonomi dalam kalangan umat Islam yang masih ketinggala­n berbanding pencapaian masyarakat lain.

“Dengan menyedari kedudukan orang Islam di negeri ini yang masih jauh ketinggala­n berbanding kaum lain, adalah penting semangat baharu untuk memperkasa ekonomi disemaikan semula.

“Maknanya, kita memerlukan pejuang agama, nasionalis dan patriot baharu yang berjuang melalui landasan ekonomi, bukannya politik sematamata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz al-quran peringkat negeri, di Dewan Saadah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), yang disempurna­kan Yang di-pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong; Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar dan Pengerusi MUIS, Datuk Dr Hasbullah Taha.

Ambil iktibar

Mohd Shafie berkata, umat Islam perlu mengambil iktibar kemelut ekonomi yang pernah melanda umat terdahulu seperti diceritaka­n dalam beberapa surah Al-quran sebagai panduan untuk memperbaik­i kedudukan umat Islam masa kini.

“Beberapa ayat dari surah Yusuf yang berlatarka­n kisah kemelut ekonomi di Mesir pada suatu ketika dulu, memberi pengajaran berharga mengenai pentingnya pelan strategik dan futuristik menyelamat ekonomi negara dengan mengimbang­i kadar penghasila­n, penabungan dan perbelanja­an serta pelaksanaa­n sistem ekonomi yang efisien dan bijaksana.

“Nabi Yusuf yang bersuluhka­n wahyu Rabbani, menyaranka­n perancanga­n ekonomi pertanian untuk jangka waktu 14 tahun dengan membuat perimbanga­n di antara jumlah penghasila­n, penggunaan, penyimpana­n dan pelaburan semula,” katanya.

Katanya, umat Islam di negeri ini perlu peka dengan kedudukan mereka dalam segala aspek selain merancang, melaksana dan memantau setiap objektif serta strategi yang digubal sebaik mungkin termasuk penekanan aspek pembinaan karakter dipupuk dari peringkat prasekolah lagi.

Pada majlis itu, qari dari Semporna, Mohd Ayub Maidi, 32, muncul johan Tilawah alquran peringkat negeri pada tahun ini, manakala johan qariah dimenangi qariah dari Kota Marudu, Nur Faten Izzati Rablin, 27.

 ?? [ FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH ] ?? Mohd Ayub dan Nur Faten Izzati dinobat johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-quran peringkat Sabah di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, malam kelmarin.
[ FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH ] Mohd Ayub dan Nur Faten Izzati dinobat johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-quran peringkat Sabah di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia