Berita Harian

Latihan perang ganti perbarisan

-

Kuching: Hari Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak tahun ini tidak akan disambut dengan upacara perbarisan seperti lazim diadakan sebelum ini.

Sebaliknya, sambutan Hari TDM Ke-86 pada 1 Mac ini akan diisi dengan latihan tempur bagi menguji keupayaan anggota serta aset pasukan utama pertahanan negara itu.

Panglima Medan Timur TDM, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain, berkata bagi wilayah Sabah dan Sarawak, latihan berkenaan yang dikenali Eksesais Satria Perkasa 1/2019 akan dilaksanak­an Briged Ketiga Infantri di kawasan di Lundu, Bau, Puncak Borneo, Tebedu, Mongkos dan Engkabang.

“Kita akan menjadikan latihan sebagai aktiviti utama untuk menguji keupayaan tempur dan kesiapsiag­aan semua pasukan,” katanya kepada media selepas meninjau Eksesais Satria Gagah 3 Briged 2019 di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di sini, semalam.

Seramai 97 pegawai dan 138 anggota lain-lain pangkat menyertai latihan pos pemerintah (CPX) itu yang diadakan mulai hari ini hingga 26 Februari ini sebagai persediaan untuk latihan besar-besaran Eksesais Satria Perkasa 1/2019, pada 1 Mac nanti.

Gerak semua aset sedia ada

Mengulas lanjut, Zamrose berkata, semua aset sedia ada di kawasan Pemerintah­an Medan Timur akan digerakkan ketika latihan itu nanti.

Mengenai latihan CPX Eksesais Satria Gagah yang sedang diadakan, Zamrose berkata, pembaharua­n diadakan dalam latihan berkenaan dengan penggunaan teknologi terkini.

“Berbeza dengan latihan CPX sebelum ini, kita kini menggunaka­n komputer untuk menentukan pergerakan apa sahaja aset yang diperlukan pada latihan di medan tempur yang akan membabitka­n 111 pegawai dan 2,086 anggota pada 1 Mac nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia