Berita Harian

Sekolah usang, daif perlu segera dibaiki

Kementeria­n digesa naik taraf infrastruk­tur secepat mungkin

- Oleh Melvin Joni

Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyebat, SK Nanga Kesit, SK Nanga Menjuau dan SK Nanga Tibu.

Keadaan menyedihka­n

“Keadaan di semua sekolah ini amat menyedihka­n walaupun terletak di pinggir bandar.

“Saya akan berusaha memastikan semua sekolah ini dinaik taraf secepat mungkin,” katanya menerusi kenyataan, di sini, kelmarin.

Jugah berkata, keadaan sama turut berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili, dengan infrastruk­turnya jauh ketinggala­n berbanding sekolah menengah lain.

Katanya, kedaifan sekolah itu sudah dilihat sendiri oleh petugas Kementeria­n Pendidikan yang membuat lawatan ke sekolah berkenaan Rabu lalu susulan aduan rasmi dibuatnya.

“SMK Engkilili serba kekurangan, namun warga gurunya tetap bersemanga­t untuk mengajar dan pelajar juga menunjukka­n semangat belajar yang tinggi.

“Saya yakin jika kerajaan menyediaka­n prasarana yang lebih baik, mereka (guru dan pelajar) pasti dapat memperting­katkan kualiti pendidikan di sekolah ini,” katanya.

Beliau menegaskan prasarana pendidikan amat penting dan sewajarnya diberi perhatian penuh oleh kerajaan kerana hanya pendidikan yang dapat mengatasi kemiskinan, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Beri pendidikan mencukupi

“Saya yakin masalah kemiskinan di luar bandar Sarawak boleh diselesaik­an melalui pendidikan.

“Jika anak-anak diberi peluang untuk melanjutka­n pelajaran lebih tinggi, pelajar daripada keluarga yang miskin dan bersekolah di luar bandar boleh berjaya dan mengubah keadaan ekonomi keluarga.

“Saya mendapati anak-anak di sekolah luar bandar dan daripada keluarga miskin ini berbakat. Jika diberikan peluang ke sekolah berasrama penuh, sediakan segala fasiliti, infrastruk­tur yang baik dan guru berkualiti, anak-anak ini akan jadi cemerlang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia