Berita Harian

Panggil Naroden jika cukup bukti: SPRM

-

Kuching: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mengumpul bukti mencukupi sebelum Menteri Muda Edagang Sarawak, Datuk Naroden Majais, dipanggil memberi keterangan.

Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd Noor, memberi jaminan kes membabitka­n Naroden menjadi keutamaan selepas mengambil kira kedudukann­ya sebagai anggota kepemimpin­an kerajaan negeri.

“Kes berkenaan adalah sensitif dan kita sudah membuka fail siasatan. Setakat ini, Naroden belum dipanggil untuk memberi keterangan kerana SPRM masih melakukan siasatan dan kita tidak mahu memanggil beliau berulang kali.

Dalam proses kumpul bukti, siasatan

“Beri kami masa untuk mengumpul siasatan dan akan panggil memberi keterangan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Antara Timbalan Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM Sarawak, Zulhairy Zaidel kepada Timbalan Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM Sarawak baharu, Chang Ching, di Ibu Pejabat SPRM Sarawak, Jalan Laksamana Cheng Ho, di sini semalam.

Zulhairy bermula 12 Februari lalu ditukarkan ke Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) Jabatan Ketua Menteri, sebagai Ketua Pegawai Integriti.

Pada 8 Februari lalu, seorang bekas wartawan tempatan, Joseph Tawie, membuat laporan terhadap Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, kerana didakwa memiliki tanah yang luas di sekitar Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia