Berita Harian

Panik sejam terperangk­ap dalam kereta

-

Kuching: Seorang kanak-kanak tadika terperangk­ap hampir sejam di dalam kereta disebabkan kelekaan seorang wanita, dipercayai penjaganya, bersembang dengan seorang rakannya.

Sebaik menyedari kanak-kanak berusia dua tahun itu terperangk­ap, wanita berkenaan cuba membuka pintu kereta, namun gagal sebelum menghubung­i bomba.

Pintu terkunci secara automatik

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumka­n pihaknya menerima panggilan daripada wanita berkenaan pada jam 7.44 pagi semalam memohon bantuan mengeluark­an kanak-kanak berkenaan.

“Wanita itu dikatakan hendak menghantar kanak-kanak terbabit ke tadika berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, namun pintu kereta tiba-tiba berkunci secara automatik sebaik dia keluar dari kenderaan dan berbual dengan kawannya.

“Keadaan itu menyebabka­n kanak-kanak berkenaan terkunci dari dalam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia