Berita Harian

PEKA TEKNOLOGI RAHSIA PETANI KAMPUNG BARU CHUI CHAK, LEBIH MAJU

Bendang Chui Chak dianggap kawasan produktif pengeluara­n padi

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Berada di Kampung Baru Chui Chak, 30 kilometer (km) dari Teluk Intan, mata tidak akan terlepas daripada pemandanga­n sawah yang luas saujana mata memandang.

Kawasan bendang Chui Chak yang berkeluasa­n 2,048 hektar dianggap antara kawasan yang produktif dalam pengeluara­n hasil padi iaitu purata enam tan metrik sehektar, kedua tertinggi selepas Sekinchan, Selangor.

Malah, kawasan itu pernah menjadi sebutan dalam kalangan pesawah apabila menjadi kawasan bendang pertama yang menanam padi menghasilk­an beras wangi pada pertengaha­n 1990-an.

Pesawah sepenuh masa, Ch’ng Kian Bing, 55, berkata ketika ini ada kirakira 3,000 penduduk yang menetap di Kampung Baru Chui Chak dengan 70 peratus daripadany­a mengusahak­an sawah padi manakala 30 peratus lagi mengusahak­an tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.

Guna teknik lebih cekap

Katanya, sikap, amalan dan kerajinan pesawah di situ menjadi teras kepada kejayaan mereka dalam mengeluark­an hasil padi yang tinggi.

“Oleh kerana mata pencarian penduduk bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian dan sawah, mereka sentiasa memastikan tanaman yang ditanam `menjadi’, selain peka dengan teknologi terbaru yang boleh meningkatk­an produktivi­ti pertanian.

“Jika dahulu mereka berada seharian di tengah sawah, sekarang penggunaan jentera serta teknik lebih cekap membolehka­n pesawah memulakan pekerjaan seawal jam 6 pagi atau jam 7 pagi dan tamat sekitar jam 10 hingga jam 11 pagi,” katanya yang juga Ketua Kelompok Kawasan Pengairan Mukim Changkat Jong.

Pemerhatia­n BH di kawasan bendang berkenaan juga, mendapati penduduk memanfaatk­an tanah yang kosong untuk aktiviti boleh memberikan pulangan ekonomi seperti mendirikan rumah sarang burung.

Malah, terdapat petani yang membajak ruang tanah di tepi jalan raya untuk penanaman sayur-sayuran.

Sawah di Chui Chak menggunaka­n pengairan sepanjang 2.5 km yang kelihatan bersih tanpa semak-samun, yang dialirkan dari Sungai Bidor dan diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sebelum dilepaskan ke Sungai Pahlawan.

Kian Bing yang memiliki dua lot sawah dan menyewa empat lot lagi pada harga RM9,000 setiap lot, berkata anggaran modal menanam satu lot padi termasuk harga benih, racun dan baja tambahan serta kos lain berkaitan ialah RM5,000, tidak termasuk harga sewa sawah bagi mereka yang menyewa daripada orang lain.

Satu lot kawasan padi berkeluasa­n 2.4 hektar membabitka­n satu atau dua petak sawah tertakluk kepada saiz keluasanny­a.

Katanya, satu lot kawasan padi di situ secara purata boleh menghasilk­an antara 15 hingga 16 tan metrik padi atau anggaran enam tan metrik sehektar.

Asalnya, Chui Chak bukanlah kawasan sawah sebaliknya ia adalah kawasan hutan yang dibersihka­n dan dijadikan kawasan penempatan penduduk Cina oleh Kerajaan British sekitar tahun 1950-an.

Mengikut sejarah, kerajaan British ketika itu mengenal pasti Chui Chak sebagai kawasan tanah subur untuk pertanian, terutama tembakau dan padi.

Ketika mula dibuka pada pertengaha­n 1950-an, terdapat kira-kira 100 keluarga menetap di Chui Chak dengan setiap keluarga diberikan enam hektar tanah untuk penanaman padi serta dua hektar tanah lagi untuk membina rumah serta bagi penanaman buahbuahan serta sayur-sayuran.

Oleh kerana mata pencarian penduduk bergantung sepenuhnya kepada hasil pertanian dan sawah, mereka sentiasa memastikan tanaman yang ditanam ‘menjadi’” Ch’ng Kian Bing, Pesawah

 ??  ??
 ?? [FOTO MANIMARAN/BH] ?? Proses menabur benih padi di lot kawasan sawah padi. Foto kanan, jentera membajak sawah menggunaka­n separa rantai yang digunakan lebih stabil berbanding jentera beroda.
[FOTO MANIMARAN/BH] Proses menabur benih padi di lot kawasan sawah padi. Foto kanan, jentera membajak sawah menggunaka­n separa rantai yang digunakan lebih stabil berbanding jentera beroda.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Benih padi direndam semalaman atau 24 jam dalam saliran di sawah, dikeringka­n 24 jam lagi sebelum ditabur dalam sawah secara manual.
Benih padi direndam semalaman atau 24 jam dalam saliran di sawah, dikeringka­n 24 jam lagi sebelum ditabur dalam sawah secara manual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia