Berita Harian

BUDAK LELAKI MENINGGAL TIDAK PERNAH TERIMA IMUNISASI SEJAK LAHIR

Ujian pengesanan sampel ke atas mangsa sahkan ada bakteria punca penyakit

- Oleh Mohamed Farid Noh dan Suhaila Shahrul Annuar

Budak lelaki berusia dua tahun satu bulan di Johor Bahru yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu, tidak pernah menerima imunisasi sejak lahir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata budak itu mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari sebelum dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari dalam keadaan lemah. Dia kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi paediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.

“Malangnya, kanak-kanak berkenaan tidak dapat diselamatk­an dan meninggal dunia semalam (kelmarin) sebab difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.

Jangkitan bakteria

“Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukka­n kehadiran bakteria corynebact­erium diphtheria­e dan kementeria­n kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, penyakit difteria disebabkan jangkitan bakteria corynebact­erium diphtheria­e yang menyebabka­n gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkina­n berlaku komplikasi bacteremia ( jangkitan darah) serta endokardit­is ( jangkitan pada jantung) sehingga menyebabka­n kegagalan organ, yang seterusnya boleh membawa maut.

“Pemberian imunisasi difteria dapat mengelak jangkitan atau jika terkena jangkitan, gejala adalah lebih ringan dan tiada komplikasi.

“Kementeria­n Kesihatan mengambil tindakan bagi membendung penularan jangkitan ini, termasuk pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.

“Tahun ini hingga kini, terdapat satu kes difteria disahkan di Malaysia. Tahun lalu, sebanyak 18 kes dengan lima kematian dilaporkan di Malaysia, yang mana empat daripada lima kematian ini tidak menerima imunisasi.

Kematian bawah usia 10 tahun

“Semua kematian difteria bagi tahun lalu membabitka­n kanak-kanak di bawah usia 10 tahun,” katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau, Kementeria­n Kesihatan menasihati orang awam, terutama ibu bapa, supaya sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, demam campak (measles), batuk kokol (pertussis) dan lain-lain.

“Pastikan anak anda diberikan imunisasi kerana ia adalah cara pencegahan penyakit yang berkesan dan selamat.

“Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahka­n anak anda kepada jangkitan kuman, malah boleh membahayak­an kanak-kanak lain.

“Ibu bapa yang belum memberikan imunisasi kepada anak mereka dinasihatk­an tampil untuk mendapatka­n imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan, bagi kanak-kanak yang tercicir suntikan, boleh segera mendapatka­n perkhidmat­an imunisasi di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat,” katanya.

Sementara itu, di Johor Bahru,

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddee­n Abd Aziz, berkata lebih 50 individu yang pernah berhubung atau bertemu budak lelaki yang meninggal dunia akibat difteria Khamis lalu, sudah disaring dan dipantau.

“Setakat ini kita membuat saringan terhadap lebih 50 individu yang pernah berhubung dengan mangsa dan pemantauan masih dilakukan.

“Hanya satu kes (difteria) dikesan membabitka­n kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia itu sahaja dan tiada kes lain dikesan setakat ini.

“Namun, saya menasihatk­an ibu bapa memastikan anak mereka mendapatka­n imunisasi lengkap kerana penyakit difteria ini berbahaya dan membawa maut kepada anak yang tidak mendapatka­n imunisasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pemberian imunisasi difteria dapat mengelak jangkitan atau jika terkena jangkitan, gejala adalah lebih ringan dan tiada komplikasi” Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

Lebih 50 individu yang pernah berhubung atau bertemu budak lelaki yang meninggal dunia akibat difteria Khamis lalu, sudah disaring dan dipantau” Dr Abd Aziz, Pengarah Kesihatan Johor

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia