Berita Harian

RCI isu kubur Wang Kelian ambil masa

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi isu pemerdagan­gan manusia dan kuburan besar yang dikesan di Wang Kelian, Perlis tiga tahun lalu, dijangka melengkapk­an siasatan mereka dalam tempoh enam bulan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelantikan semua anggota RCI itu sudah mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong dan beliau akan menemui mereka minggu depan untuk taklimat sebelum memulakan tugas.

“Siasatan akan ambil masa enam bulan dan laporan lengkap akan diserah kepada kementeria­n saya untuk tindakan lanjut,” katanya selepas merasmikan program derma darah anjuran Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation dengan kerjasama Pusat Darah Negara, di sini semalam.

Pada Mei 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagan­gan manusia yang ditinggalk­an di puncak Bukit Wang Burma, Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-thailand.

Dalam perkembang­an berasingan, Muhyiddin mengarahka­n Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, menyiasat secara terperinci pihak yang bertanggun­gjawab meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Klang, pada petang Rabu lalu.

Tindakan tegas hina Islam

Sambil menyelar perbuatan terkutuk berbaur hasutan dan amat provokatif yang berniat jahat untuk menghina Islam serta menjejaska­n keharmonia­n kaum serta agama itu, Muhyiddin berkata, tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu diambil terhadap pihak terbabit.

“Kementeria­n Dalam Negeri tidak akan berkomprom­i dengan sebarang perbuatan penghinaan terhadap agama yang boleh menjejaska­n keharmonia­n rakyat.

“Mereka melakukan perbuatan keji ini perlu ditahan mengikut proses undang-undang, didakwa di mahkamah dan dihukum jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Muhyiddin berkata, kejadian penghinaan terhadap agama Islam termasuk mesej penghinaan terhadap agama Islam yang disebarkan di media sosial. sejak kebelakang­an ini amat berbahaya dan telah menimbulka­n kemarahan dalam kalangan umat Islam.

“Yang terbaru ialah kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Suspek kes ini telah dikenal pasti dan siasatan sudah diselesaik­an polis. Saya percaya Timbalan Pendakwa Raya akan membuat keputusan pendakwaan suspek tersebut di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD SAFWAN MANSOR/BH] ?? Muhyiddin beramah mesra dengan penderma darah pada Program Derma Darah anjuran Yayasan Golf Tan Sri Muhyiddin dan Pusat Darah Negara, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD SAFWAN MANSOR/BH] Muhyiddin beramah mesra dengan penderma darah pada Program Derma Darah anjuran Yayasan Golf Tan Sri Muhyiddin dan Pusat Darah Negara, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia