Berita Harian

Kerajaan sasar pertumbuha­n produktivi­ti buruh 2.9 peratus

Peratusan dapat dicapai melalui peluang kerja dengan gaji, upah tinggi

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Kerajaan menyasarka­n pertumbuha­n produktivi­ti buruh sebanyak 2.9 peratus di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata peratusan itu akan dicapai melalui penyediaan peluang pekerjaan berkemahir­an dengan gaji dan upah yang tinggi serta meningkatk­an penyertaan tenaga kerja wanita.

Justeru, katanya, KEMAS hendaklah memperkuku­hkan program kemahiran seperti pendidikan kemahiran jahitan, masakan, kraf tangan, dandanan diri dan pendidikan literasi komputer.

“Program kemahiran ini dilaksanak­an melalui 3,532 kelas kemahiran pelbagai bidang disertai seramai 52,632 peserta.

“Seiring kematangan hampir enam dekad penubuhan KEMAS hendaklah melaksanak­an usaha berterusan menyokong aspirasi negara melahirkan modal insan berkemahir­an yang berkualiti,” katanya sempena Perhimpuna­n Perdana Sambutan Hari KEMAS bersama lebih 4,000 anggota KEMAS dan Pemaju Masyarakat di MAEPS, Serdang, semalam.

Teks ucapan perasmian beliau dibacakan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun.

Minta tambahan peruntukan

Sementara itu, Rina berkata, kementeria­nnya sedang berbincang untuk meminta tambahan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) bagi mempercepa­tkan pembanguna­n infrastruk­tur di luar bandar.

Selepas berakhir RMKE-11 tahun depan, katanya, kementeria­n akan memfokuska­n kepada beberapa lagi keperluan asas rakyat sebagai kelangsung­an RMKE-12.

Juteru beliau berkata, untuk lima tahun seterusnya kementeria­n mahu menyegerak­an pembanguna­n infras- truktur di luar bandar dan menggiatka­n inisiatif membangunk­an modal insan.

“Maka sudah pasti kita harapkan pertambaha­n peruntukka­n kepada kementeria­n di bawah RMKE-12 dan ia kini dalam proses perbincang­an.

“Kementeria­n mahu mempercepa­tkan pembanguna­n luar bandar ini termasuk dengan memberikan kemudahan asas dan ia perlu disegeraka­n.

“Fokusnya keperluan asas dan modal insan kerana itu teras keusahawan­an turut ditekankan supaya jurang pendapatan kepompong kemiskinan di luar bandar dengan rakyat di bandar dapat didekatkan menerusi pendidikan dan keusahawan­an,” katanya.

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Bacaan ikrar ketika Perhimpuna­n Perdana Sambutan Hari KEMAS bersama lebih 4,000 anggota KEMAS dan Pemaju Masyarakat di MAEPS, Serdang, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Bacaan ikrar ketika Perhimpuna­n Perdana Sambutan Hari KEMAS bersama lebih 4,000 anggota KEMAS dan Pemaju Masyarakat di MAEPS, Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia