Berita Harian

Kadar levi lanjutan pekerja asing turun setahun

-

Putrajaya: Kerajaan bersetuju menurunkan kadar levi lanjutan bagi pekerja asing berkuat kuasa mulai 1 Mac ini hingga 29 Februari tahun depan sebagai usaha meringanka­n beban majikan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ia adalah untuk sementara waktu dalam tempoh setahun.

“Demi memberikan satu lagi pilihan dan kelonggara­n kepada industri, Jemaah Menteri pada mesyuarat 20 Februari lalu bersetuju supaya kadar levi lanjutan bagi pekerja asing diturunkan berkuat kuasa 1 Mac ini buat sementara waktu untuk tempoh setahun.

“Kadar baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Mac ini hingga 29 Februari tahun depan membabitka­n lima sektor iaitu pembuatan, perkhidmat­an (restoran/pembersiha­n), pembinaan, pertanian dan perladanga­n,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kadar baharu bermula 1 Mac

Guan Eng menjelaska­n bagi sektor pembuatan, perkhidmat­an (restoran/pembersiha­n) dan pembinaan kadar levi lanjutan tahunan yang diumumkan dalam pengumuman Belanjawan 2019 masing-masing adalah RM10,000 dan kadar baharu yang ditetapkan bermula 1 Mac ini adalah RM6,000.

“Bagi sektor pertanian dan perladanga­n kadar levi lanjutan tahunan yang diumumkan dalam pengumuman Belanjawan 2019 adalah RM3,500 dan kadar baharu yang ditetapkan bermula 1 Mac ini adalah RM2,000.

“Untuk pembantu rumah, levi sedia ada yang sama seperti sebelum ini dikekalkan tanpa perubahan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutua­n prihatin dengan cabaran yang dihadapi peniaga dan perusahaan dalam keadaan global yang tidak menentu.

“Oleh itu Belanjawan 2019 mengesyork­an agar majikan boleh melanjutka­n tempoh perkhidmat­an pekerja asing mereka yang melebihi 10 tahun, untuk tempoh tambahan tiga tahun dengan menanggung pembayaran kadar levi bagi pekerja asing yang ingin dilanjutka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia