Berita Harian

100 peratus penguatkua­saan

Kerajaan negeri turut boleh disaman jika projek cemari alam sekitar

- Oleh Junita Mat Rasid

Kerajaan negeri boleh berdepan tindakan saman Kerajaan Persekutua­n sekiranya premis atau projek pembanguna­n di negeri masing-masing didapati menjadi punca pencemaran alam sekitar.

Tindakan itu antara pendekatan tegas Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, bagi memastikan semua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan menerusi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata selain pengusaha kilang atau industri, Kerajaan Pusat mahu memastikan kerajaan negeri yang terbabit dalam pencemaran juga dikenakan tindakan serta dikenakan sebanyak mungkin pertuduhan mengikut undang-undang sedia ada.

“Ya, kita juga nak buat (saman kerajaan negeri). Sekarang kita kaji, kalau projek di bawah kerajaan negeri, kita juga akan saman.

“Suku pertama ini, kita fokus kepada kilang kitar semula plastik dan selepas itu SOP (prosedur operasi standard) akan ikut semua kilang dan industri termasuk premis kerajaan negeri.

Pastikan patuhi peraturan ditetapkan

“Jadi, saya akan jadi orang yang tak baik..bad cop. Kita kena pastikan orang takut kepada undang-undang. Apa guna undang-undang kalau tak kuat kuasa undang-undang,” katanya dalam temu bual khas dengan BH.

Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mereka yang disabitkan kesalahan berkaitan pelbagai kesalahan pencemaran alam sekitar termasuk berkaitan kualiti udara, pembakaran terbuka, pencemaran bunyi, pencemaran air dan daratan yang membawa hukuman denda antara RM100,000 hingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Mengulas lanjut, Bee Yin berkata, langkah melipatgan­dakan penguatkua­saan itu juga adalah kesinambun­gan kepada manifesto Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mewujudkan kelestaria­n alam sekitar.

Sehubungan itu, pihaknya menetapkan sasaran 100 peratus langkah penguatkua­saan bagi menangani masalah pencemaran tahun ini.

“Kita bersungguh-sungguh mahu menguatkua­sakan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Dahulu, kalau anda mencemarka­n alam sekitar, anda tak takut kerana penguatkua­saan tidak ada.

“Penguat kuasa pun tak tahu (kes pencemaran alam sekitar) atau dapat bagi sikit (rasuah), selesai kes. Jadi, (kali ini) kita mahu meningkatk­an penguatkua­saan,” katanya.

Bee Yin berkata, ketika ini, pihaknya masih berbincang dengan pihak pendakwaan dan Pejabat Peguam Negara untuk memastikan mereka yang terbabit mencemarka­n alam sekitar dikenakan sebanyak mungkin pertuduhan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau berkata, sebelum ini mereka yang didapati mencemarka­n alam sekitar biasanya hanya dikenakan satu atau dua pertuduhan saja.

Peruntukan sedia ada cukup

Malah, beliau mengakui peruntukan undang-undang sedia ada sudah cukup tetapi langkah penguatkua­saan masih tidak cukup kuat sehingga menyebabka­n ada pihak yang terlepas daripada dikenakan tindakan.

“Kita ada banyak akta tapi jentera (penguatkua­saan) tidak cukup, tidak kuat, proses tidak cukup menyebabka­n tahun ini kita mahu proses dijalankan 100 peratus, kita boleh capai sasaran ini.

“Sebab itu kita tetapkan KPI (petunjuk prestasi utama). Dulu tidak ada kehendak untuk buat,” katanya.

Bee Yin tidak menafikan, antara kes pencemaran yang akan dikenakan tindakan ialah membabitka­n kawasan pelupusan sampah, terutama pusat pelupusan sampah yang sudah penuh

Kita bersungguh­sungguh mahu menguatkua­sakan Akta Kualiti Alam Sekitar. Dahulu, kalau anda mencemarka­n alam sekitar, anda tak takut kerana penguatkua­saan tidak ada” Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar

Ikuti temu bual khas bersama Bee Yin di Ms.12/13

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia