Berita Harian

Kementeria­n tak cadang hapus

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan tidak bercadang menghapusk­an ujian bahasa Inggeris, Malaysian University English Test (MUET) supaya modulnya dimasukkan dalam silibus pembelajar­an peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah menengah.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menyifatka­n cadangan langkah terbabit hanya membebanka­n pelajar sekolah menengah.

“MUET berbeza dengan subjek bahasa Inggeris diajar di sekolah menengah kerana ia adalah peperiksaa­n kelayakan masuk universiti, manakala untuk SPM ia bagi menilai pembelajar­an peringkat sekolah menengah.

Kelayakan ke universiti

“Tidak boleh (hapuskan MUET). Ia dua perkara berbeza. Dalam SPM, kita sudah ada bahasa Inggeris dan MUET untuk kelayakan ke universiti,” katanya ditemui selepas hadir Seminar Pendidikan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) 2019 di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan BH semalam, mengenai cadangan penghapusa­n MUET kerana disifatkan membebanka­n dari segi kewangan dan memberi tekanan kepada pelajar untuk lulus.

Turut dicadangka­n supaya modul dalam MUET dimasukkan dalam silibus sekolah menengah untuk peperiksaa­n SPM.

Dr Maszlee berkata, pengambila­n MUET sama seperti mewajibkan pelajar O Level dan A Level menduduki Sistem Pengujian Bahasa Inggeris Antarabang­sa untuk memasuki universiti.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Maszlee beramah mesra dengan guru pada Seminar Pendidikan KGMMB 2019, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Maszlee beramah mesra dengan guru pada Seminar Pendidikan KGMMB 2019, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia