Berita Harian

‘Baik, buruk masukkan modul ujian dalam SPM’

Cadangan perlu penelitian, penilaian pakar pendidikan

- Oleh Rohaniza Idris

Langkah memasukkan modul ujian Malaysian University English Test (MUET) dalam silibus Bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah, sebelum diuji ketika peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.

Tokoh akademik yang juga Procanselo­r Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata cadangan terbabit, jika mahu dilaksanak­an memerlukan penelitian dan penilaian oleh pakar bidang pendidikan.

“Secara umumnya, saya berpendapa­t ada kebaikan dan keburukann­ya menggantik­an subjek bahasa Inggeris MUET untuk pelajar sekolah menengah.

“Jika dimasukkan dalam pembelajar­an sekolah menengah, ia dikhuatiri menambahka­n beban kepada pelajar, tetapi pada masa sama boleh membantu menjadikan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka lebih tinggi,” katanya.

Syarat wajib ambil, lulus

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan supaya MUET yang diadakan sejak kira-kira 20 tahun lalu, menjadi subjek wajib diambil dan lulus sebagai syarat kemasukan ke universiti awam serta mendapat ijazah pertama.

Alimuddin yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran, berkata kementeria­n juga perlu mengkaji kesesuaian dengan mengambil kira keupayaan tenaga pengajar dan pelajar jika perkara itu mahu dilaksanak­an.

Mengulas isu sama, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g, Zambri Mohd Isa, mahu MUET dikekalkan, khusus untuk menilai tahap penguasaan bahasa Inggeris bagi pengajian tinggi bermula pra universiti.

Katanya, bahasa Inggeris diajar sekolah menengah dengan sijil tertinggi SPM memadai kerana ia relevan dan bersesuaia­n dengan tahap pembelajar­an yang ada.

“Lagipun, bahasa Inggeris SPM itu sudah cukup bagus kerana ia diajar pada tahap umum menyeluruh untuk semua pelajar, sama ada di bandar, luar bandar dan pedalaman.

“Jika bahasa Inggeris peringkat MUET ini diajar di sekolah menengah, dikhuatiri tahap pelajar yang tidak mahir bertambah,” katanya.

“Saya berpendapa­t teruskan dengan kaedah sedia ada kerana MUET itu menilai tahap penguasaan bahasa Inggeris selepas SPM untuk masuk ke universiti yang mana kebanyakan bahan untuk pengajian universiti menggunaka­n bahasa Inggeris,” katanya.

Jika dimasukkan dalam pembelajar­an sekolah menengah, ia dikhuatiri menambahka­n beban pelajar, tetapi pada masa sama membantu penguasaan bahasa Inggeris mereka lebih tinggi” Alimuddin Mohd Dom, Tokoh akademik yang juga Pro-canselor UPSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia