Berita Harian

‘Jentera PH komited dalam kempen’

Dakwaan Hadi tak berasas, tidak logik: Dr Wan Azizah

- Oleh Iskandar Ibrahim, Mohd Nasaruddin Parzi dan Ahmad Suhael Adnan

Pakatan Harapan (PH) menolak dakwaan tidak berasas dilemparka­n pemimpin utama PAS yang menyatakan PKR dan DAP tidak bersungguh­sungguh membantu kempen calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata dakwaan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang itu bukan saja tidak berasas, malah tidak logik.

Beliau berkata, sejak tamat hari penamaan calon PRK DUN Semenyih 16 Februari lalu, semua jentera PH, sama ada PKR atau DAP sudah berkampung di sini, membantu kempen calonnya, Muhammad Aiman Zainali, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Tidak nampak logik dia. Kita kerja macam mana pun pengundi akan menyokong kita. PAS pun tidak bertanding di sini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program gotong-royong bersama penduduk Bandar Rinching di sini, semalam.

Bekerja atas tiket PH

Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak timbul soal jentera PKR dan DAP tidak membantu kempen PRK kerana semua parti komponen bekerja atas tiket PH, bukan parti masing-masing.

Kelmarin, Hadi meminta PH tidak menyalahka­n PAS jika calon dari BERSATU kalah di PRK DUN Semenyih kerana PKR dan DAP didakwanya tidak turun bekerja.

Namun, berdasarka­n pemerhatia­n BH sejak hari pertama berkempen, ramai pemimpin DAP dan PKR turun mengadakan kempen jelajah dan ceramah di setiap pusat daerah mengundi (PDM) di DUN ini.

Selain Dr Wan Azizah, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turun memberi ceramah dan menghadiri program bersama rakyat di DUN ini malam semalam, manakala Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, sudah beberapa kali berkunjung ke DUN ini, bagi menghadiri ceramah dan program ziarah penduduk.

DAP turut menganjurk­an ceramah perdananya di PDM Kampung Baharu, malam kelmarin yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan PH tidak melupakan janji sebaliknya sentiasa berusaha melunaskan janji manifeston­ya, tetapi ada yang terpaksa ditangguhk­an seketika dan memerlukan lebih masa berikutan kekangan dan masalah termasuk keadaan kewangan yang meruncing dihadapi Kerajaan Persekutua­n sejak mengambil alih kerajaan pusat tahun lalu.

“Kalau kita (kerajaan) mahu janji, kita kena buat dan teliti betul-betul adakah kita mampu atau tidak.

Berdepan pelbagai kekangan

“Dulu kita dalam pembangkan­g kita tidak dapat melihat keadaan (masalah sebenar ketika pentadbira­n Barisan Nasional), kita tidak jangka betapa runcingnya masalah (dihadapi kerajaan) sekarang,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, rakyat perlu memberi peluang kepada PH melunaskan janjinya apatah lagi kini Kerajaan Pusat yang dibentuk baru berusia sembilan bulan, berbanding Barisan Nasional (BN) yang sudah mentadbir negara sejak 60 tahun.

Mengulas janji kempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Dr Wan Azizah berkata kerajaan PH tidak mengamalka­n rasuah politik dalam berkempen untuk menarik undi.

“Kita memang tidak amalkan rasuah politik. Kita mahu tawarkan politik khidmat anak muda di PRK kali ini. Kita tahu Selangor di bawah PH dan PH menerajui Putrajaya.

“Kalau ada kaitan dan hubungan erat (antara kerajaan negeri dan pusat) pastinya akan bawa kebaikan kepada pengundi di sini. Harap pengundi memikirkan perkara ini,” katanya sambil mengakui di bawah Malaysia baharu ini, kerajaan menjadi mangsa serangan berterusan bukan sahaja daripada pembangkan­g, bahkan rakyat sendiri, hasil mengamalka­n kebebasan media.

Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Taman Pelangi Semenyih, di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata aspek kejiranan memerlukan pengukuhan bagi memastikan rakyat hidup dalam suasana harmoni dan bermasyara­kat.

Beliau mengakui di kawasan bandar, budaya kejiranan ini tidak begitu dititikber­atkan menyebabka­n ada di antara mereka tidak mengenali jiran masing-masing.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Dr Wan Azizah dan Muhammad Aiman beramah mesra bersama penduduk pada program gotong-royong perdana di Bandar Rinching, Semenyih, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Dr Wan Azizah dan Muhammad Aiman beramah mesra bersama penduduk pada program gotong-royong perdana di Bandar Rinching, Semenyih, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia